Ibu bapa, anak sulung zaman dahulu memang hebat

Ibu bapa, anak sulung zaman dahulu memang hebat

NEGARA akan terus bergantung kepada tenaga kerja warga asing ekoran kadar kelahiran yang rendah dan tidak mampu sediakan tenaga kerja tempatan. – GAMBAR HIASAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA anda seorang penganggur, agak-agak sanggupkah bekerja sebagai pekerja pembersihan, buruh di ladang sawit atau di tapak pembinaan?

Majoritinya saya berani jamin, tak nak bekerja di ketiga-tiga tempat yang disebutkan tadi. Ini kerana sebenarnya kita tidak mahu kerja susah seperti ayah dan ibu. Kita rasa kasihan melihat kerja ibu bapa. Ada yang bekerja di sawah, menangkap ikan dan sebagainya.

Tetapi, pernahkah kita bertanya kepada ibu bapa mengapa mereka bekerja dalam sektor demikian? Adakah mereka mempunyai pilihan lain daripada bekerja di tempat itu? Saya rasa jika mereka diberi pilihan, pasti mereka ingin kerja gamen (kerajaan). Namun, apa pilihan yang mereka ada?

Keluarga di Malaysia pada 1957 bukan macam keluarga sekarang. Dahulu kebanyakan orang mempunyai anak ramai, bukan macam sekarang, selesa anak ada tiga orang sahaja.

Anak sulung biasanya sekolah sampai darjah enam sahaja. Adakah anak sulung ketika itu tidak cerdik? Jawapannya ialah dia ingin memberi peluang pada adik-adiknya belajar pula. Inilah yang digelar pengorbanan.

Dia kasihan melihat ayah dan ibunya bekerja dalam sektor kotor, bahaya dan sukar (3D) untuk membesarkan mereka. Ibu bapa sanggup bekerja dalam sektor 3D demi masa hadapan anak-anak.

Zaman sekarang, keluarga di negara ini lebih suka bekerja di kawasan industri yang menyediakan penyaman udara daripada memegang galah pemotong tandan buah kelapa sawit di bawah panas matahari.

Saya rasa keluarga Malaysia perlu bersedia juga bekerja dalam sektor 3D. Jika tidak, sampai bila kita mahu mengharapkan titik peluh warga Bangladesh, Indonesia atau Pakistan tumpah di bumi Malaysia?-UTUSAN

MOHD. EFENDI MAT DAUD
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya