Sudah 8 bulan tapi MyKid belum dapat

Sudah 8 bulan tapi MyKid belum dapat

APAKAH alasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang mengambil masa agak lama untuk menyiapkan MyKid?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ANAK saya dilahirkan pada Januari lalu dan tidak lama selepas itu, saya mengunjungi Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk membuat MyKid.

Di kaunter perkhidmatan, saya dimaklumkan oleh pegawai bertugas bahawa MyKid dijangka siap sebulan selepas itu dan boleh datang semula ke UTC untuk mengambilnya.

Selepas sebulan, saya menghubungi UTC dan dimaklumkan MyKid anak saya akan siap pada Jun tahun ini.

Bulan demi bulan, tibalah Jun, saya hubungi semula UTC untuk bertanya mengenai MyKid, namun telefon tidak berjawab selepas beberapa kali cubaan.

Baru-baru ini, saya hubungi UTC dan kali ini bernasib baik, panggilan dijawab pegawai bertugas. Ketika ditanya mengenai MyKid anak saya, jawapan mereka tidak pasti (bila boleh siap) kerana ketika ini tiada stok dan meminta saya hubungi atau semak dalam laman web setiap bulan.

Di sini, saya ingin zahirkan rasa tidak puas hati mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Kenapa mengambil masa yang begitu lama untuk mendapatkan kad tersebut? Apa yang tiada stok? Mikrocip untuk hasilkan kad itukah?

Jika tiada stok, apa langkah diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk atasi masalah tersebut? Pastinya bukan saya sahaja yang berdepan masalah ini kerana pegawai UTC maklumkan, anak yang lahir pada November tahun lalu pun belum peroleh MyKid.

Kerajaan putuskan penggunaan MyKid adalah untuk memudahkan urusan dokumentasi anak-anak tanpa perlu membawa sijil kelahiran yang berupa sekeping kertas dan risiko hilang juga lebih tinggi.

Ketiadaan MyKid menyukarkan saya untuk uruskan dokumentasi anak terutama ke klinik atau hospital kerana rata-ratanya meminta kad tersebut, bukannya sijil lahir. Persoalannya kini, berapa lama lagi saya harus menunggu?-UTUSAN

SOFEA LISA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya