Rakyat terbeban harga barang terus naik

Rakyat terbeban harga barang terus naik

KERAJAAN perlu menyediakan medium yang mudah untuk masyarakat melaporkan sebarang kenaikan harga yang berlaku. – GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SABAN hari kita dapat lihat di media sosial dan akhbar, masyarakat merungut mengenai kenaikan harga barang terutamanya pada musim perayaan akibat daripada permintaan tinggi terhadap barangan mentah dan basah. Hal ini menyebabkan pengguna perlu berfikir panjang sebelum membuat pembelian.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia pada November 2022, harga makanan dan minuman meningkat pada kadar 7.3 peratus berbanding 7.1 peratus bulan sebelumnya, dengan kadar inflasi pada empat peratus disebabkan kenaikan harga makanan terutama berasaskan ayam dan tepung.

Tahun ini diramal kos barangan dan makanan meningkat lebih 10 peratus berikutan jangkaan kenaikan kadar inflasi yang mencecah enam hingga tujuh peratus.

Kadar inflasi boleh berlaku akibat daripada peningkatan kos produksi, permintaan yang tinggi dan kurangnya penawaran barang.

Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barang adalah dengan penguatkuasaan undang-undang. Pihak kerajaan perlu melakukan pemantauan lebih kerap atau menyediakan medium yang mudah untuk masyarakat melaporkan sebarang kenaikan harga yang berlaku.

Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang komited bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi amat dipuji.

Di samping itu, kerajaan juga perlu membanteras aktiviti pencatutan dan monopoli kerana ia merupakan ruang terbaik kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan dengan menaikkan harga produk secara sesuka hati sehingga ada yang mencecah kepada tahap yang tidak masuk akal.-UTUSAN

NUR MAWADDAH ZAINON dan DR. MUHAMMAD RAQIB MOHD. SOFIAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.