Kerajaan Pas Kelantan bakal rebah?

Kerajaan Pas Kelantan bakal rebah?

KERAJAAN Pas mungkin bertukar tangan sekiranya isu-isu yang membabitkan negeri itu tidak diatasi dengan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUNGKINKAH isu krisis perbekalan air bersih serta skandal membabitkan ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) dan isu di tebing sungai menjadi petunjuk awal kerajaan Kelantan bakal bertukar?

Dan perkembangan terbaharu desas-desus mengatakan Pas diajak menyertai Kerajaan Perpaduan. Namun semua itu sekadar spekulasi yang lazim dibangkitkan oleh pemimpin politik.

Saya tertarik dengan pandangan seorang penganalisis politik yang mendakwa mungkin sejarah politik negara bakal berulang memandangkan pertembungan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan membabitkan Pas dan Kerajaan Perpaduan.

Seandainya krisis perbekalan air bersih, isu skandal AKSB dan kes di tebing sungai terus diperkatakan banyak pihak, maka tidak mustahil Pas tersungkur di bumi Kelantan. Jika ia menjadi kenyataan maka Pas akan sukar bangkit semula untuk tempoh yang panjang. Mungkin juga Pas bakal menerima nasib sama seperti El arken di Turkiye.

Jadi inilah peluang bagi Kerajaan Perpaduan bersatu padu serta mengembeling jentera pilihan raya dan menyediakan media perang supaya hasrat yang diinginkan itu akhirnya membuahkan hasil positif.

Ini kerana umumnya kita tahu bahawa mentaliti anak Kelantan di perantauan yang balik ke kampung untuk mengundi merupakan duri dalam daging selain menjadi tembok penghalang besar untuk memastikan kerajaan Kelantan bertukar kerajaan.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya