Gandingan Dr. Mahathir-Muhyiddin mampu bawa ‘gelora’ - Utusan Malaysia

Gandingan Dr. Mahathir-Muhyiddin mampu bawa ‘gelora’

KERJASAMA politik antara Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin adalah satu perkembangan yang patut diberi perhatian serius.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM dunia politik, tidak ada kawan atau musuh yang kekal. Yang kekal hanya kelangsungan politik dan kepentingan peribadi.

Oleh itu, tidaklah menghairankan apabila dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini membuat keputusan untuk bergabung bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Penyatuan Dr. Mahathir-Muhyiddin adalah satu perkembangan yang patut diberi perhatian serius. Kedua-duanya mempunyai sokongan padu dalam kalangan pengundi, khususnya komuniti Melayu.

Dr. Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003. Selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau dinaikkan sekali lagi sebagai Perdana Menteri selama 22 bulan.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pula pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama kira-kira 18 bulan sejak Mac 2020.

Kedua-duanya mempunyai matlamat serupa, iaitu memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Kesatuan dan kekuatan gabungan ini akan memberikan keyakinan kepada orang Melayu bahawa kepentingan mereka akan dipertahankan.

Ketika ini, beberapa hasil kajian bebas menunjukkan orang Melayu kurang selesa dengan pakatan membentuk kerajaan perpaduan yang merangkumi DAP.

Malah, dalam kalangan akar umbi UMNO, rata-rata masih susah untuk menerima musuh lama, iaitu DAP sebagai rakan sekutu dalam kalangan kerajaan perpaduan.

Sudah tentu isu ini akan menjejaskan jentera parti menjelang PRN nanti. Ramai berharap gabungan kedua-kedua mereka dapat merangsangkan semula ekonomi negara.

Dr. Mahathir pernah memacu ekonomi negara dengan berjaya manakala Muhyiddin memperkenalkan pelbagai insentif dan bantuan semasa Covid-19 melanda yang banyak memanfaatkan orang Melayu. – UTUSAN

ABD. RAHIM ABD. GHANI, Kuala Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya