Cadangan kenaikan gaji guru satu persoalan

Cadangan kenaikan gaji guru satu persoalan

KENAIKAN gaji guru perlu diperhalusi bagi mengelakkan berlaku ketidakadilan bagi golongan pendidik dalam meningkatkan kompetensi diri dan ke arah kegemilangan profesionalisme perguruan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk menaikkan gaji guru adalah dialu-alukan dan sudah tiba masanya kerajaan membela dan menjaga kebajikan barisan pendidik. Sejak sekian lama gaji guru tidak disemak dan diberikan satu insentif bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan profesion mereka.

Ketika ini wujud perbezaan gaji guru berdasarkan kelayakan akademik bagi yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Begitu juga perbezaan itu berlaku mengikut bidang pengkhususan.

Namun bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah lanjutan ketika masa perkhidmatan tidak diberikan satu insentif khas kenaikan gaji setelah menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Cadangan kenaikan ini perlu diperhalusi bagi mengelakkan berlaku ketidakadilan tanpa menafikan ia sebagai langkah merangsang golongan pendidik meningkatkan kompetensi diri ke arah kegemilangan profesionalisme perguruan negara.

Ada beberapa persoalan yang perlu dijawab , adakah dengan kenaikan gaji dapat memulihkan sistem pendidikan negara selain meningkatkan profesion perguruan serta menyelesaikan isu-isu pendidikan seperti beban tugas guru, kemenjadian murid dan pembangunan pendidikan yang lestari juga insani?

Jika isu kenaikan gaji perlu diberikan tumpuan, maka kementerian perlu memastikan kelayakan akademik mampu mengangkat martabat golongan pendidik dan memajukan pendidikan negara selain tidak menjadi alat komoditi semata-mata.
Ia juga harus berdasarkan etika, sumbangan pengalaman dan perkhidmatan.

Kelayakan akademik adalah kredit dan kementerian boleh memberikan insentif khas atas usaha mereka meningkatkan kualiti ilmu dan kemahiran dengan mewujudkan Skim Hadiah Kenaikan Gaji yang bersesuaian.

Mengambil kira pengalaman negara-negara luar yang mengiktiraf kerjaya guru dan diberikan gaji yang tinggi, maka diharap cadangan ini dapat mencapai tujuan dan hasrat murni pendidikan negara serta mengangkat wibawa golongan pendidik.

Langkah terbaik ialah mendapatkan pandangan semua pihak dari pemegang taruh pendidikan, ahli akademik, kesatuan guru, para pentadbir sekolah, pengurusan kementerian serta warga pendidik supaya kenaikan ini menjadi nilai tambah ke arah meningkatkan kualiti pendidikan negara.-UTUSAN

MOHD AZIZEE HASAN
Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya