Apa beza proklamasi dan reformasi? - Utusan Malaysia

Apa beza proklamasi dan reformasi?

PROKLAMASI hanya fokus untuk mendapatkan sokongan rakyat menerusi tandatangan. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa ini, terdapat dua jenama politik yang sedang dibawa, iaitu reformasi yang telah lama wujud dan terbaharu, proklamasi.

Ketika menulis ini, saya di pihak jenama politik proklamasi berbanding sebelum 2018, di sebelah reformasi.

Maka sedikit sebanyak saya boleh mengenali perbezaan naratif politik antara kedua-keduanya. Tema reformasi saya akui amat ideal dan indah.

Antara terasnya ialah keadilan sosial, keluhuran sistem demokrasi, melawan rasuah dan mewujudkan tadbir urus yang baik.

Namun, orang Melayu tidak terbeli dengan agenda ini kerana ia dilihat agak abstrak. Ini saya sedar ketika berada di luar lingkungan politik reformasi berbanding sebelum 2018.

Reformasi disampaikan dengan bahasa tinggi hingga rakyat di bawah khususnya orang Melayu tidak jelas apakah misinya dan bagaimana agenda tersebut boleh dilaksanakan.

Ia masih lagi kabur sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi Perdana Menteri. Bahasa ‘tinggi’ reformasi ini sedap digarap menjadi retorika berpidato yang enak didengar oleh para penyokong.

Tidak seperti proklamasi, saya kira 12 perkara yang dinyatakan itu sangat mudah difahami tanpa menggunakan ayat dan bahasa gemerlap seperti reformasi atau madani.

Dalam pada itu, imej reformasi ini dijelmakan sebagai ‘aksi politik’ protes termasuk sehingga ke jalan raya.

Pelbagai demonstrasi dan himpunan bermacam-macam warna, Himpunan Black 2013, Himpunan Hijau Lynas dan banyak lagi.

Ia amat berbeza dengan imej proklamasi yang tidak menonjolkan gerakan aksi politik jalan raya. Sebaliknya, hanya fokus untuk mendapatkan sokongan rakyat menerusi tandatangan.

Gerakan ini tidak mengganggu ketenteraman awam atau membuat bingit pada khalayak ramai.

Maka kita boleh simpulkan bahawa reformasi mengajak rakyat keluar memprotes hingga ke jalan raya, berbanding proklamasi yang sekadar turun bertemu rakyat untuk mendapatkan sokongan menerusi tandatangan. – UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM, Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya