Tunjuk solidariti untuk Palestin bangkit lawan Israel

Tunjuk solidariti untuk Palestin bangkit lawan Israel

UMAT Islam perlu menunjukkan solidariti kepada Palestin dalam menghadapi keganasan dan kekejaman Israel. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEKEJAMAN Israel terhadap Al-Aqsa tidak asing lagi pada pendengaran umat Islam. Kekejaman ini memberi impak yang sangat mendalam kepada rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia.

Kita dapat lihat Israel menganggap Al-Aqsa sebagai kawasan hak milik mereka dan tidak mahu ia didominasi masyarakat muslim sahaja.

Malaysia antara negara yang lantang berjuang dalam mempertahankan kesucian Al-Aqsa. Walaupun Malaysia tidak dapat memberi bantuan ketenteraan terhadap Palastin, tetapi tetap membantu dengan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memberi perlindungan sewajarnya terhadap Palestin dan menghentikan kekejaman Israel.

Antara tindakan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah lantang berucap mengenai kekejaman dibuat oleh Israel terhadap Palestin semasa Perhimpunan PBB.

Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menuntut masyarakat antarabangsa menggesa Israel menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Islam Palestin.

Selain itu, Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan Israel bertanggungjawab terhadap serangan yang dilakukan.

Sebagai orang Islam, kita mestilah bersatu dan berusaha mendapatkan Al-Aqsa daripada Israel. Ini amat penting kerana selagi Al-Aqsa tidak dibebaskan, ia menunjukkan sisi kelemahan umat Islam. Ini kerana konflik ini masih berlarutan. Antara usaha perlu dilakukan ialah mempunyai ilmu secukupnya. Selain itu, perkara sangat penting ialah penyatuan umat Islam seluruh dunia. Bangkitnya umat Islam menunjukkan solidariti antara Muslim adalah kuat dan memberi kekuatan terhadap orang Palestin dalam menghadapi keganasan kerana mengetahui semua umat Islam bersatu menyokong mereka.

Seterusnya menyebarkan pengetahuan mengenai konflik ini agardi ambil berat oleh generasi-generasi baharu. Selain itu, memberi bantuan kemanusiaan kepada Palestin jika tidak mampu membantu dari segi ketenteraan.

Akhir sekali, senjata bagi umat Islam ialah doa agar kemenangan Palestin terhadap Al-Aqsa dan daripada penindasan selain mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan dan kekerasan yang dilakukan Israel terhadap orang Islam Palestin serta menegaskan Al-Quds adalah tapak suci umat Islam.-UTUSAN

NUR HIDAYAH ZAINUDDIN & PROFESOR.DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Jabatan Sejarah & Tamadun Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya