Tegas hadkan tempoh masa bermain mercun

Tegas hadkan tempoh masa bermain mercun

KERAJAAN perlu tegas mengehadkan tempoh membakar mercun dan bunga api hanya pada sebelum pukul 12 malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tahun ini sangat meriah dengan bunyi mercun berdentam-dentum di serata tempat di bandar mahupun di desa.

Kemeriahannya terserlah setelah kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api pada 3 Februari lalu atas faktor penjualan itu boleh menjadi satu lagi punca hasil pendapatan negara.

Pada pendapat saya, penjualan mercun dan bunga api wajar dikaji semula memandangkan bunga api merupakan bahan letupan kategori sebagai bahan berbahaya (DGC) dengan klasifikasi bahan berbahaya (HCD).

Bahkan mereka membakar mercun tanpa mengambil kira masa sehingga mengganggu umat Islam yang sedang mengerjakan solat.

Aktiviti bermain mercun banyak menimbulkan masalah terutama di kawasan perumahan seperti bunyi bising dan bau asap sehingga mengganggu ketentraman penduduk. Mungkin ada dalam kalangan jiran yang sedang sakit atau baru melahirkan bayi. Bunyi bising disebabkan permainan mercun sehingga larut malam memberi kesan kepada mereka.

Jika dilihat harga mercun dan bunga api yang mahal menyumbang kepada budaya pembaziran sekiranya tidak dikawal. Agak pelik apabila sebelum hari raya mereka sering mengeluh harga barang mahal tetapi dalam masa yang sama ‘membakar’ duit semata-mata untuk mendapatkan bunyi yang memekakkan telinga.

Kerajaan perlu tegas mengehadkan tempoh membakar mercun dan bunga api yang mengeluarkan bunyi pada sehari sebelum dan sehari selepas hari raya atau mana-mana perayaan di negara ini. Tindakan tegas perlu diambil sekiranya membakar mercun selepas pukul 12 malam.-UTUSAN

TOK MISAI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.