Tarif elektrik tanpa subsidi masih murah

Tarif elektrik tanpa subsidi masih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan isi rumah yang menggunakan tenaga elektrik berlebihan tidak lagi menikmati subsidi.

Menurut laporan media pada Ogos 2022, kerajaan dijangka membelanjakan RM6.51 bilion subsidi tarif elektrik untuk tahun itu. Di bawah subsidi menyeluruh, golongan kaya (T20) akan mendapat manfaat lebih berbanding isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) kerana mereka menggunakan lebih banyak elektrik termasuk memasang penyaman udara.

Oleh sebab itu, kita bersetuju bahawa isi rumah T20 yang menggunakan banyak peralatan elektrik dan tenaga tinggi perlu membayar kadar elektrik tanpa subsidi. Jika ingin mengurangkan kos penggunaan elektrik, maka mereka mempunyai pilihan untuk memasang panel solar.

Kerajaan sedang menuju ke arah yang betul dalam meneruskan subsidi disasarkan kepada isi rumah B40 dan M40 manakala mereka dalam kategori T20 boleh membayar untuk gaya hidup mewah. Jika mereka tidak mahu membayar lebih, terpaksalah kurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Sebenarnya, harga tarif elektrik di Malaysia pada September 2022 jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain adalah yang ketiga termurah selepas Myanmar dan Laos.

Kita juga bersetuju dengan cadangan kadar subsidi untuk isi rumah B40 dan M40 dikekalkan melalui cara mengimbangi kos dengan mengenakan kadar lebih tinggi untuk kilang-kilang utama. Mereka dalam sektor pembuatan bernilai tinggi boleh membayar elektrik yang lebih mahal. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak akan terjejas dengan peningkatan tersebut. Ia juga sama bagi sektor pertanian kritikal yang sangat diperlukan untuk merangsang pengeluaran makanan negara.

Keseluruhan objektif subsidi bersasar ini adalah untuk memastikan apa sahaja subsidi diberikan oleh kerajaan perlu memberi manfaat kepada kategori orang yang betul dan juga untuk mengurangkan ketirisan secara drastik.-UTUSAN

MOHIDEEN ABDUL KADER
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya