Tafsiran Islam kurang tepat punca perbalahan umat

Tafsiran Islam kurang tepat punca perbalahan umat

PELANTIKAN Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 tepat dalam memacu negara kembali ke landasan yang betul bagi membina semula peradaban manusia merealisasikan ‘Membangun Malaysia Madani’. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ZAMAN kehidupan Arab melalui dua fasa iaitu zaman memotivasikan akidah manusia dan zaman pembinaan peradaban. Selama 23 tahun ayat demi ayat diturunkan bermula pada zaman Madinah. Situasi masyarakat turut berubah dan mereka secara perlahan-lahan meninggalkan kepompong jahiliyah. Nabi Muhammad SAW mengikat bangsa Arab yang berpecah kepada banyak puak dan kabilah dengan ikatan akidah dan simpulan ukhuwah Islamiah.

Mereka kemudiannya menjadi umat yang bersatu di bawah panji-panji Islam. Jadi terbinalah kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Selepas itu, zaman demi zaman terus berlalu, kepimpinan pula berpindah daripada Rasulullah SAW, kepada para sahabat yakni Khalifah dan kemudiannya bertukar kepada zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah sehinggalah ke Empayar Uthmaniyah. Akhirnya Islam telah menjadi kuasa besar sehingga boleh menguasai tiga suku kaum di dunia.

Jadi segalanya boleh berlaku adalah dengan berbekalkan kekuatan ilmu dan keimanan serta berkat perpaduan. Jika kita menoleh sirah ternyata misi Rasulullah SAW, tidak berakhir dengan penyampaian mesej Allah tetapi disertai dengan panduan melalui penjelasan terhadap implikasi hukum Islam, kod moral, ayat-ayat al-Quran dan cara beribadah yang membina keseluruhan sistem.

Oleh kerana itu banyaknya terjadi perbalahan umat pada hari ini akibat berpunca daripada masalah tafsiran Islam yang tidak tepat dan kegagalan membuat penyusunan keutamaan atau awliyat. Sebagai contoh terdapat sebahagian kelompok umat Islam hanya menganggap Islam itu daripada perspektif hukum yang meletakkan keperluan membina sebuah masyarakat hanya daripada sudut perundangan.

Oleh sebab itu kelompok tadi terlalu obses menyebabkan mereka menghukum bukannya menyeru dengan jalan berdakwah. Lebih malang lagi terdapat satu kelompok lain yang ekstrem melihat Islam daripada sudut survival politik semata-mata serta meminggirkan keutamaan lain.

Apabila semua ini berlaku maka secara jelas kelompok yang disebutkan tadi hanya memandang Islam daripada sudut yang sempit.

Makanya oleh kerana sebab-sebab tersebut telah menjadi salah satu punca besar mengapakah sehingga ke saat ini masyarakat orang Melayu tidak boleh bersatu hati serta tidak dapat bertolak ansur sedangkan kita semua mahu menghidu wangian syurga.

Jadi amat wajar dan tepat Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 untuk memacu negara ini agar dapat dikembalikan ke landasan yang betul bagi membina semula peradaban manusia merealisasikan ‘Membangun Malaysia Madani’ yang memerlukan sokongan semua pihak.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya