Susah sangatkah salur peruntukan sekolah daif?

Susah sangatkah salur peruntukan sekolah daif?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMBACA laporan berita Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-52 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, baru-baru ini berhubung isu sekolah daif umpama bulan jatuh ke riba.

Beliau tidak mahu sebarang kerenah pentadbiran mengganggu urusan melibatkan sekolah-sekolah daif selaras dengan keutamaan dalam Belanjawan 2023 yang menyediakan peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan. Sejumlah RM2.3 billion disediakan untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat golongan pelajar.

Persoalannya, sudah masuk pertengahan tahun tetapi masih belum menampakkan apa-apa kerja penyelenggaraan kerosakan dijalankan di sekolah. Apabila diajukan pertanyaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pegawai terlibat memaklumkan peruntukan belum diterima. Apakah ini tidak termasuk dalam kerenah pentadbiran?

Bayangkan keadaan keselamatan murid dan harta benda sekolah yang berpagar usang dan berlubang di segenap penjuru?

Bayangkan sekolah yang hanya berpagar separuh kawasan? Laporan dihantar berkali-kali tetapi hasilnya tiada.

Peruntukan RM920 juta untuk naik taraf bangunan, mengapa terlalu lambat disalurkan ke bawah? Tandas-tandas tidak dapat digunakan sepenuhnya. Tangki air bocor sekian lama, masih tidak dapat dibaiki menyebabkan berlaku pembaziran air dan kerosakan lain.

Keadaan bilik darjah yang tidak kondusif dan sempit masih berlaku. Bukannya kerana murid ramai tetapi sekolah yang dibina pada 1950-an hanya ditukar ganti warna catnya. Dalam zaman serba canggih, papan hitam menggunakan kapur tulis masih ada di sekolah. Mahal sangatkah harga sebuah papan putih?

Semoga kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan dapat menyegerakan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah.-UTUSAN

MAT DIAH
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya