Proklamasi tidak gugat perpaduan - Utusan Malaysia

Proklamasi tidak gugat perpaduan

MATLAMAT Proklamasi Orang Melayu (POM) adalah untuk penyatuan dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu serta kesucian agama Islam. – FB POM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MOMENTUM sokongan kepada Proklamasi Orang Melayu (POM) semangkin hebat. Bertambah ramai yang memahami tujuan dan maknanya apabila mereka menurunkan tanda tangan.

Oleh kerana sifat POM menjurus dan fokusnya hanya kepada bangsa Melayu, adakah ia akan menggugat hubungan antara kaum dan perpaduan di dalam negara?

Adakah ia bertujuan menafikan keadilan dan hak kaum lain? Umum tahu, Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dengan etnik terbesarnya ialah Melayu, Cina dan India.

Ada segelintir orang cuba mengaitkan POM dengan perpaduan kaum. Ada dua sebab jika mereka mempertikaikan usaha ini.

Pertama, tidak memahami sepenuhnya isi kandungan dan tujuan sebenar POM dan kedua, hanya semata-mata mahu mempolitikkannya. Seperti selalu dijelaskan, POM tidak bersifat provokatif kepada mana-mana kaum.

Sebanyak 12 perkara yang tersenarai di dalam POM hanya memperkatakan tentang situasi ekonomi, politik dan hala tuju masa depan orang Melayu serta mengajak mereka untuk bersatu.

Kebanyakan usahawan Melayu yang berjaya dan kaya raya adalah hasil daripada polisi kerajaan yang mengutamakan bumiputera dalam pemberian kontrak oleh agensi dan kementerian. Tanpa polisi sedemikian, di manakah kedudukan orang Melayu sekarang?

Sebenarnya, matlamat POM adalah untuk penyatuan dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu serta kesucian agama Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan sudah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini, tidak lebih dan tidak kurang.

Tidak ada usaha atau niat untuk menafikan keadilan kepada bukan Melayu dan bumiputera lain.

Tiada juga rancangan untuk merampas atau menghalang kemakmuran dan kemewahan yang sedang dinikmati oleh mana-mana kaum. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya