Perang ‘bayang’ musnahkan nuklear Iran

Perang ‘bayang’ musnahkan nuklear Iran

ISRAEL dikatakan tidak berpuas hati dengan negara-negara yang lebih daripada negaranya sehingga sanggup memusnahkan negara lawannya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEPERANGAN bayang ialah serangan-serangan yang dilancarkan tanpa adanya pengisytiharan perang secara rasmi antara negara-negara yang berperang.

Kebanyakannya dilakukan secara tersembunyi yang ada kalanya turut melibatkan pihak ketiga seperti serangan bom, pembunuhan dan perisikan.

Baru-baru ini, Iran diserang dron yang mengakibatkan sebahagian fasiliti negara itu musnah. Bukan itu sahaja, banyak serangan lain dilancarkan oleh pihak ‘misteri’ yang kebanyakkannya dapat dipatahkan oleh tentera Iran. Disebabkan serangan itu, Iran menuduh Israel dalang tetapi Israel menafikannya.

Walaupun negara Zionis itu enggan mengaku, media-media Barat keseluruhannya bersetuju bahawa kesemua serangan yang dilancarkan adalah daripada pihak Israel.

Ini kerana Israel dan Iran tidak berkongsi sempadan dan ia dipisahkan oleh dua negara, iaitu Iraq dan Syria.

Acap kali kita dengar laporan media yang mengatakan segala serangan dilancarkan adalah daripada sebelah pihak sahaja, iaitu Israel walhal Iran juga melakukan serangan balas. Lawatan diadakan antara Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas selepas berlaku pergaduhan di Baitulmuqqadis.

Hasil lawatan tersebut, Blinken menegaskan mahu penyelesaian dua negara yang bermaksud penubuhan negara berdaulat Palestin. Walaupun Mahmoud mengalu-alukan perkara itu tetapi ia tidak senang untuk dilaksanakan. Ini kerana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertegas tidak berminat untuk membenarkan penubuhan negara Palestin. Sebaliknya lebih mengarahkan kerajaan Israel merobohkan rumah- umah penduduk Palestin dan turut membenarkan rakyat Israel membawa senjata.

Ini jelas sekali bahawa rakyat Palestin tidak mampu berbuat apa-apa demi menentang Israel. Bahkan Israel tidak mendedahkan kekuatan senjata nuklearnya walaupun pakar sentiasa meletakkan Israel dalam senarai negara yang mempunyai senjata nuklear. Ini bermakna Israel boleh melakukan apa sahaja di rantau itu.

Oleh kerana itu, Israel memastikan negara lawan tidak mencapai keupayaan nuklear itu dengan menghancurkan fasiliti ketenteraan Iran serta membunuh jeneral dan saintissaintis nuklear.

Kesimpulannya, dalang peperangan ‘bayangan’ ini ialah Israel ekoran tidak berpuas hati dengan negara-negara yang lebih hebat daripada negaranya. Ada sahaja tindakan mereka memusnahkan lawannya itu sehingga negara tersebut tidak mampu membalas semula perbuatan jahat Zionis itu.-UTUSAN

NURUL AMAL AHLAMI SHUIB
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya