MCA tidak ketandusan pemimpin pelapis - Utusan Malaysia

MCA tidak ketandusan pemimpin pelapis

LEE TING HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEKIRANYA UMNO dikatakan mempunyai pemimpin pelapis muda seperti Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu yang baharu, MCA juga mempunyai pemimpin sedemikian, iaitu Lee Ting Han.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac tahun lalu, calon DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh setelah kalah kepada Ting Han yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) dari MCA dengan majoriti 3,176 undi.

Ting Han yang berusia 33 tahun ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor (Exco).

Beliau seorang peguam lulusan Universiti Malaya dengan ijazah sarjana muda dalam undang-undang sebelum melanjutkan pengajian pascasiswazah di Universiti Cambridge, United Kingdom.

Selepas dilantik sebagai Exco, beliau berusaha untuk membangunkan ekonomi Johor termasuk memastikan pada 2022, jumlah pelaburan yang diterima negeri itu ialah RM70.6 bilion.

Pencapaian ini merupakan yang tertinggi dalam senarai negeri-negeri, melebihi RM24.5 bilion berbanding 2019.

Walaupun telah berkhidmat dengan cemerlang, masih ramai lagi anak Johor tidak mengetahui tentang beliau khususnya golongan muda.

Saya berumur 18 tahun dan baru sahaja mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac lalu. Saya menulis artikel di surat khabar Cina serta Utusan Malaysia sejak 2022.

Saya bercita-cita ingin menjadi seorang wakil rakyat dan Ting Han adalah contoh teladan bagi saya.

Beliau tidak pernah memberi komen berkaitan politik yang boleh menimbulkan perpecahan kaum dan tidak mengapi-apikan sesuatu isu untuk menghasut rakyat.

Kerajaan Pusat memerlukan seorang pemimpin seperti beliau. – UTUSAN

TEO WEI HONG, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya