Majoriti mahu Dr. M tumpu satukan Melayu

Majoriti mahu Dr. M tumpu satukan Melayu

MAJORITI orang Melayu mahu Dr. Mahathir menyatu-padukan semula bangsa Melayu melalui platform Proklamasi Orang Melayu tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJORITI orang Melayu memberi pandangan serta merayu pada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tumpu menyatupadukan semula bangsa Melayu melalui platform Proklamasi Orang Melayu tanpa mengaitkan diri beliau dengan mana-mana parti politik buat masa ini.

Pada pandangan orang-orang Melayu, Dr. Mahathir sendiri adalah sebuah ‘institusi’ tanpa perlu menggunakan platform politik untuk melaksanakan agenda penyatuan demi masa hadapan keseluruhan bangsa Melayu di tanah air kita.

Rata-rata inilah maklum balas yang diperoleh dari segenap lapisan masyarakat Melayu di peringkat akar umbi.

Dr. Mahathir adalah seorang negarawan yang dihormati dan gerakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu secara tidak berparti lebih membuatkan keseluruhan bangsa Melayu berasa amat selesa.

Bahkan sambutan masyarakat Melayu terhadap gerakan Proklamasi Orang Melayu amat memberangsangkan di setiap negeri di seluruh negara. Gerakan Proklamasi Orang Melayu akan mengkaji setiap aspek permasalahan dan bakal mencari solusi paling efektif ke arah menyelesaikan setiap dilema bangsa Melayu secara total.

Daya usaha untuk memperkasakan kedudukan orang Melayu di tanah air kita akan dilaksanakan mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa sama, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu tidak akan mengizinkan sebarang bentuk provokasi berbaur perkauman, keagamaan dan institusi diraja.

Kami amat menghormati Perlembagaan Persekutuan dan akan terus memelihara hak-hak kaum dari kepelbagaian agama.

Tumpuan utama Sekretariat Proklamasi Orang Melayu hanyalah untuk memastikan kesejahteraan serta kemajuan masa hadapan bangsa Melayu tanpa bersikap zalim atau mengambil hak kaum-kaum lain.

Atas dasar ini juga, kami sudah memaklumkan hasrat majoriti orang Melayu pada Dr. Mahathir dan reaksi tokoh ini amat positif terhadap pandangan-pandangan ikhlas daripada orang Melayu di peringkat akar umbi.

Apa pun kami akan menghormati apa sahaja bentuk keputusan yang bakal dipertimbangkan seterusnya dibuat oleh Dr. Mahathir kerana beliau adalah seorang tokoh negarawan yang amat luas pengalamannya.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Pengerusi Biro Mobilisasi
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.