Kuat kuasa segera fatwa haram rokok, vape

Kuat kuasa segera fatwa haram rokok, vape

MUZAKARAH Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 memutuskan merokok adalah haram.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN perlu mengambil langkah lebih drastik dengan menjadikan merokok dan menghisap vape sebagai salah satu kesalahan syariah dalam melindungi umat serta golongan belia Islam di negara ini daripada terjebak dengan sebarang perkara ataupun aktiviti kurang sihat.

Bagi umat Islam, isu merokok dan pengunaan vape ini perlu dipandang serius kerana sudah wujud fatwa jelas mengenai pengharaman rokok di negara kita. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-37 pada 23 Mac 1995 telah membincangkan isu mengenai hukum merokok dari pandangan Islam dan bersetuju bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

Berdasarkan fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan terbabit, jelas menunjukan fatwa pengharaman rokok telah lama dikeluarkan oleh majlis tersebut iaitu sudah lebih 28 tahun dan ia masih kekal sehingga sekarang.

Walaupun terdapat pelbagai jenis kempen kesedaran oleh pihak jabatan agama, masjidmasjid serta surau mengenai perkara ini, namun ia masih tidak memadai dan berkesan untuk mengekang masalah ketagihan merokok dan penggunaan vape dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Lebih membimbangkan lagi ialah masalah merokok dan ketagihan vape juga dilihat mula menular dalam kalangan generasi muda yang masih bersekolah. Oleh itu, fatwa pengharaman rokok dan vape seperti dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini perlu dijana sebagai satu peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi mengekang umat Islam di negara ini daripada terus merokok dan menggunakan vape.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya