Cantikkan semula pejabat pos lama Tanjung Rambutan

Cantikkan semula pejabat pos lama Tanjung Rambutan

PEJABAT pos lama Tanjung Rambutan, Perak kini dipenuhi semak samun yang boleh menjadi habitat haiwan berbisa atau sarang penagih dadah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJARAH perkhidmatan pos di negara ini bermula seawal 1800, iaitu sejak pemerintahan British. Perkhidmatan pos berkembang dan menyaksikan penubuhan serta kebangkitan firma pos negara, iaitu Pos Malaysia. Kini, sudah lebih 200 tahun industri pos berkembang pesat di negara ini.

Pos Malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Syarikat ini dikorporatkan daripada Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada 1990.

Melalui ruangan ini, saya ingin menarik perhatian dan tindakan Pos Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital untuk mengambil langkah pemuliharaan terhadap pejabat pos lama Tanjung Rambutan, Perak yang didapati diabaikan begitu sahaja setelah operasinya berpindah ke premis baharu.

Keadaan kompleks lama yang berusia hampir 100 tahun itu dibiarkan tanpa selengaraan dan perhatian sejak 10 tahun lalu. Kini ditumbuhi semak samun dan kompleks berkenanan hampir hilang dari pandangan.

Sekiranya tidak lagi diperlukan, dicadangkan kompleks bangunan kayu yang ditinggalkan itu diroboh atau pun kekal dipulihara.

Selain itu, dicadangkan kompleks pejabat pos lama ini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan dan kegunaan komuniti setempat seperti mana stesen KTM Berhad Tanjung Rambutan berhampiran yang tidak lagi beroperasi dijadikan sebagai kedai makan dan minuman serta gerai menjual buah-buahan.

Keadaan ini dapat memanfaatkan penjaja kecil di kawasan Tanjung Rambutan untuk berniaga makanan dan minuman di kompleks berkenaan yang menjadi nostalgia serta mercu tanda pekan Tanjung Rambutan sejak puluhan tahun lalu.

Saya merayu Pos Malaysia agar dapat mengambil tindakan proaktif untuk membersihkan kompleks ini yang gah pada suatu ketika dahulu.

Kompleks ini berhampiran kawasan sekolah. Semak samun boleh menjadi habitat haiwan berbisa atau sarang penagih dadah.

Semoga kompleks ini dapat dibersihkan dan tidak mencacatkan pekan Tanjung Rambutan bagi manfaat kesejahteraan penduduk setempat sebagai kawasan ekopelancongan domestik dan antarabangsa.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Tanjung Rambutan, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya