Bertautlah kembali bangsa Melayu

Bertautlah kembali bangsa Melayu

ABDUL HADI Awang menandatangani Proklamasi Orang Melayu pada 2 Mei lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMADAN dan Syawal pada tahun ini lebih barokah dari biasa kerana dalam dua bulan ini kita menyaksikan beberapa pemimpin Melayu mengetepikan ideologi politik masing-masing dan menyambut seruan Proklamasi Orang Melayu. Seperti dinyatakan dalam Perkara 11 dan 12 proklamasi tersebut, iaitu ketepikan kepentingan diri dan parti, bertautlah semula demi agama, bangsa dan negara.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyokong proklamasi ini dengan berpendapat ia mengembalikan muafakat orang Melayu dan bumiputera untuk menjadi teras politik dan pentadbiran negara.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Ketua Penerangan, Datuk Razali Idris dan Ahli Majlis Tertinggi, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid telah menandatangani Proklamasi Orang Melayu dalam satu majlis berbuka puasa. Razali membuat kenyataan, “Saya melihat ia sebagai sesuatu yang baik untuk orang Melayu dengan tujuan menyatukan mereka.”

Sementara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga menandatangani proklamasi ini. Beliau diiringi Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Abdul Hadi menidakkan dakwaan Proklamasi Orang Melayu bersifat perkauman. Turut serta ialah Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Che Sulaiman.

Begitu juga bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang berkenaan proklamasi ini dan memberi pandangan dalam menuju negara bangsa yang mampan, sudah tentu kepentingan dan hak orang Melayu perlu diutamakan dengan sama sekali tidak mengetepikan hak bangsa lain.

Ramai lagi yang telah menandatangani proklamasi ini tidak kira orang perseorangan mahupun secara berkumpulan. Jumlah yang menjadi sasaran ialah satu juta tandatangan.

Dapat kita lihat di sini, pemimpin-pemimpin Melayu yang berjiwa besar dari PKR, UMNO, Bersatu dan Pas telah keluar memberi sokongan kepada satu usaha yang murni demi kelangsungan bangsa.

Seperti mana dijelaskan, proklamasi ini bukan bersifat perkauman mahupun satu gerakan politik sebaliknya untuk menyatukan orang Melayu dengan bersetuju pada apa yang kita sedang hadapi dan situasi kaum itu hari ini.

Bertautlah kembali wahai orang Melayu demi agama, bangsa dan negara.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya