Atlet para kita juga hero negara

Atlet para kita juga hero negara

DI pentas dunia, atlet para dilihat lebih menyerlah apabila mampu menyumbangkan emas buat negara di Sukan Paralimpik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERAKHIR sudah temasya Sukan SEA di Kemboja pada 17 Mei lalu. Kejayaan kontinjen negara yang mampu mengutip 34 pingat emas tetap wajar diberi pujian meskipun gagal menepati sasaran awal. Diikuti pada 3 hingga 9 Jun ini akan diadakan Sukan Para ASEAN Ke-12 dengan 14 kategori dipertandingkan mengikut jenis ketidakupayaan.

Di pentas dunia, atlet para dilihat lebih menyerlah apabila mampu menyumbangkan emas buat negara di Sukan Paralimpik. Pada setiap kejohanan para yang diadakan juga, jarang sekali kontinjen Malaysia pulang tanpa pungutan pingat. Kilauan emas pasti mengiringi kepulangan mereka.

Sementelah kejayaan ini tidak akan mampu dicapai tanpa pengurusan dan sokongan yang baik daripada Majlis Paralimpik Negara, Majlis Sukan Negara dan kerajaan. Malahan tidak keterlaluan untuk dikatakan pengurusan kontinjen para negara adalah antara yang terbaik di Asia.

Walaupun temasya Sukan Para ASEAN Ke12 akan berlangsung tidak lama lagi, namun bahangnya masih tidak dirasai. Bahkan liputan mengenai persediaan kontinjen juga kurang di dada-dada akhbar mahupun di media elektronik berbanding ketika temasya Sukan SEA dahulu. Seolah-olah kejohanan ini kurang bermakna buat negara.

Meskipun pencapaian kedua-dua kategori sukan ini tidak wajar dibandingkan kerana mempunyai kriteria dan penanda aras berbeza, saya berharap atlet para serta sukan para turut diberi perhatian sewajarnya kerana akhirnya kedua-duanya mempunyai matlamat akhir yang sama, iaitu mengharumkan nama negara.

Besar harapan saya, pada kejohanan temasya para akan datang, lebih banyak wakil media dari Malaysia boleh menyediakan liputan acara ini untuk dipaparkan secara terus kepada rakyat Malaysia. Ini agar rakyat Malaysia boleh turut sama menghayati perjuangan dan jerih payah hero tidak didendang ini dalam mengangkat nama negara di pentas antarabangsa.-UTUSAN

SITI HANISAH MOHD. SHARIFFUDIN
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya