KUALA LUMPUR: Bekas ahli Parlimen Selangau, Baru Bian memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan oleh PKR yang menuntut ganti rugi RM10 juta kerana keluar daripada parti berkenaan selepas memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Permohonan tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan YH Teh & Quek pada 6 April lalu di Mahkamah Tinggi di sini. Mahkamah menetapkan pengurusan kes permohonan itu pada 20 Mei ini secara dalam talian.…










