Malaysia Madani menyambung gagasan perdana negara terdahulu

Malaysia Madani menyambung gagasan perdana negara terdahulu

DASAR Ekonomi Baru (DEB) yang digagaskan Tun Abdul Razak Hussein perlu dikekalkan oleh pemimpin hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

IBN Khaldun dalam kitabnya Muqadima menjelaskan bahawa tamadun bermula dari bandar. Al-Farabi pula mengatakan Madani itu membawa maksud perkotaan yang mengalami bertakat-takat tahap ketamadun dari tidak beradab kepada sebuah peradaban sempurna.

Ketimbang wacana tersebut, perbincangan segera Madani adalah perlu bagi mengambil langkah yang baik untuk melaksanakan pembaikan rekahan yang berlaku di bandar sebagai pelaksanaan segera.

Kemudiannya, ia dikembangkan segera ke luar bandar. Menurut Jabatan statistik pada tahun ini hampir 75.1 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar dan selebihnya iaitu 24.9 peratus tinggal di luar bandar.

Oleh itu, cabaran di bandar dari segi kerumitan, percanggahan, kekacauan, keserentakan dan ketidaktentuan masa depan telah menambah lagi rekahan serta kesenjangan kepada isu kemiskinan, krisis keyakinan dan sosial, fahaman melampau, kecelikan kewangan dan digital yang menggusarkan, daya huni tidak seimbang, gangguan ekologi manusia dan alam sekitar serta lain-lain lagi.

Perkara ini perlu diatasi sebelum ia menjalar ke kawasan luar bandar yang lebih diketahui akan lebih berisiko jika berhadapan dengan cabaran berkenaan.

Bagi mencapai pengertian tersebut, memasyarakatkan konsep Negara Bangsa Malaysia ke dalam sektor-sektor utama sebagai pengisian kepada enam Rukun Utama Malaysia Madani yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari lalu adalah penting sebagai peneraju dalam setiap program dan aktiviti di semua peringkat kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.

Justeru, keseluruhan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian menerusi penyediaan suatu pelan yang tersusun adalah perlu dibangunkan supaya setiap individu dapat memahami Gagasan Malaysia Madani dan selepas itu membuat pelan bertindak bagi mewujudkan Masyarakat Madani di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Tidak dapat dinafikan setiap dasar yang digagaskan oleh pemimpin dahulu adalah baik, namun ia hanya sia-sia jika tidak diteruskan oleh pimpinan selepasnya.

Dicadangkan semua dasar-dasar yang diputus oleh pimpinan terdahulu diteruskan walaupun mereka yang mengagasnya bukan lagi sebagai Perdana Menteri atau sudah tiada lagi.

Dasar-dasar yang digagaskan masih segar untuk diguna pakai, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA); mahu pun Lembaga Tabung Haji kekal menjadi dasar baharu bukan one off semata-mata.-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya