Jalinan lebuh rayadi Pahang belum menyeluruh

Jalinan lebuh raya di Pahang belum menyeluruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PAHANG yang luasnya lebih 3.5 juta hektar, terdiri daripada 11 daerah dan lebih 20 bandar merupakan negeri yang paling luas di Semenanjung dan mempunyai hampir 1.7 juta penduduk.

Dari segi prasarana jalan raya, rakyat negeri itu umumnya boleh berbangga kerana mempunyai jalinan prasarana jalan raya yang baik. Antaranya Lebuh Raya Kuala LumpurKarak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuh Raya Kuantan-Segamat, dan juga Lingkaran Tengah Utama (LTU). Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) pula yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada 2027.

Namun begitu, tidak semua daerah dan bandar-bandar mendapat jalinan terus ke lebuh raya berkenaan terutama untuk ke LPT1 dan KLK seperti Jerantut, Bera dan Cameron Highlands. Bandar Jerantut berada sejauh 64 kilometer (km ) untuk sampai ke LPT1 di Tol Temerloh sementara Bera serta bandar-bandar di daerah ini lebih kurang 40 km untuk ke LPT1 di Tol Temerloh juga.

Cameron Highland yang terletak di tanah tinggi pula mungkin tidak sesuai untuk membina lebuh raya.

Berdasarkan kepadatan jumlah kenderaan, lebih baik kerajaan merancang mewujudkan jalinan lebuh raya atau jalan empat lorong yang dapat menghubungkan Jerantut dan Bera terus ke LPT1. Ini penting untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan daerah berkenaan dan melicinkan aliran perjalanan kenderaan.

Jalan raya dari Simpang Pulai di Perak dan dari Sungai Koyan di Pahang mungkin sudah memadai untuk ke daerah Cameron Highlands. Bagaimanapun, ia perlu diselenggara secara lebih baik dan menyediakan lebih banyak lampu solar di tempat tertentu serta kemudahan rehat dan rawat (R&R) yang sempurna kerana laluan agak sunyi terutama waktu malam.

Pun begitu, perancangan tersebut perlu diteliti dari aspek cuaca dengan memastikan lebuh raya itu tidak mudah ditenggelami banjir.-UTUSAN
CICIT AKI BAJI
Mentakab, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya