Nasihat percuma buat Kit Siang

Nasihat percuma buat Kit Siang

kit siang
LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Dalam satu ulasan oleh bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang berjudul Nasihat Terakhir Kepada Mahathir Mohamad yang disiarkan sebuah portal berita, beliau menyentuh mengenai kegagalan Wawasan 2020.

Kit Siang menyebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan kegagalan Wawasan 2020 yang baginya sebagai suatu hujah kegagalan bekas perdana menteri itu. Saya berasa lucu dengan kenyataan ini kerana sering digunakan oleh mereka yang tidak membaca malah sentiasa mencari salah Dr. Mahathir.

Sungguhpun idea ini diilhamkan Dr. Mahathir, namun kejayaan wawasan ini sebenarnya bergantung kepada pewaris kepimpinan selepasnya.

Justeru, kegagalan Wawasan 2020 ini tidak wajar diletakkan di bahu Dr. Mahathir seorang kerana terdapat dua perdana menteri antara 2003 hingga 2018 sebagai pewaris kepimpinan negara. Mengapa tidak ditanya kegagalan mereka meneruskan kesinambungan Wawasan 2020 hingga berjaya?

Malah, saya sanggup mengatakan Kit Siang juga harus bertanggungjawab atas kegagalan Wawasan 2020 apabila gagal meyakinkan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong hingga mereka menolak cadangan Dr. Mahathir untuk mewujudkan sekolah wawasan.

Begitu juga dengan hujah beliau tentang perjuangan Melayu oleh Dr. Mahathir. Jika Kit Siang merasakan perjuangan Dr. Mahathir untuk orang Melayu suatu yang tidak relevan dan salah, beliau seharusnya bertanya, berapa jumlah tanah rizab orang Melayu yang terkini?

Adakah Kit Siang sebagai warganegara yang cintakan tanah air, merasakan permasalahan tanah rizab Melayu ini bukan suatu perkara penting? Atau ia hanya sekadar isu bumiputera?

Dalam ulasannya itu, beliau juga menyentuh tentang tiada halangan bukan Melayu untuk jawatan Perdana Menteri.

Kita bersetuju Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan secara tersurat sebaliknya secara tersirat bahawa sesiapa boleh menjadi Perdana Menteri jika mendapat sokongan majoriti Dewan. Kita tidak perlu berbeza pendapat dalam hal ini. Kita bersetuju.

Sebelum kita bercakap tentang pelantikan perdana menteri bukan Melayu, ada baiknya kita melihat dahulu bagaimana seorang Melayu boleh menjadi Setiausaha Agung DAP dalam hayat Kit Siang sendiri. Apakah akan ada? Maka persoalan tentang perdana menteri bukan melayu, tidak perlu dipolemikkan dan berhentilah di sini.-UTUSAN

MAHDZIR IBRAHIM
Timbalan Ketua Penerangan
Gerakan Tanah Air (GTA)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya