Media sosial bukan medan curahan perasaan

Media sosial bukan medan curahan perasaan

DALAM keterujaan mengumpul pengikut atau cubaan mengikut trend semasa, seseorang pengguna tidak wajar mengada-ngada atau berlebihan di mana-mana platform media sosial semata-mata untuk meraih simpati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DEWASA ini ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan terhadap keterbukaan platform tersebut dengan memuat naik kandungan bagi tujuan meraih simpati masyarakat.

Trend ini wajar dihentikan kerana pengguna media sosial tanpa segan silu mendedahkan perkara peribadi tentang dirinya atau pihak lain sekadar untuk mengisi kandungan sensasi demi mendapatkan atau menaikan jumlah penonton.

Justeru, pengguna media sosial perlu bijak dan tidak terlihat ‘murah’ dengan memberi fokus pada kandungan yang bermanfaat. Daripada cuba meraih simpati dengan kandungan yang tidak jelas atau tidak berguna, lebih baik memberi tumpuan pada kandungan yang berfaedah kepada pembaca. Ini boleh membuatkan pembaca berasa puas dengan apa yang diberikan, lantas mereka boleh memberikan sokongan secara sukarela.

Dalam keterujaan mengumpul pengikut atau cubaan mengikut trend semasa, seseorang pengguna tidak wajar mengada-ngada atau berlebihan di mana-mana platform media sosial. Lebih baik elakkan dari membuat cerita yang tidak benar atau ditokok tambah semata-mata untuk mendapat simpati daripada pembaca atau penonton. Ini sebenarnya boleh merosakkan reputasi dan kepercayaan pembaca atau penonton.

Elakkan juga menggunakan kata-kata emosi seperti kasihan, sedih atau marah kerana ia boleh mempengaruhi pembaca untuk berasa simpati. Walau bagaimanapun, ia juga boleh membuatkan pembaca berasa terdorong untuk memberikan sokongan tetapi ia bukannya datang dari empati yang tulen.

Sebaliknya, pengguna media sosial yang baik akan sentiasa memuat naik kandungan yang jelas dan berfakta bagi membolehkan pembaca memahami dengan baik dan tidak salah faham. Ini boleh membantu membina kepercayaan pembaca dan mengelakkan salah faham atau manipulasi.

Selain itu, dengan memfokus pada matlamat yang jelas dan positif membolehkan pembaca terdorong untuk memberikan sokongan secara sukarela.

Oleh itu, dengan mengikuti saranan di atas, kita boleh mengelak daripada menggunakan halaman sesawang untuk meraih simpati sebaliknya fokus kepada kandungan yang berguna untuk pembaca. Ini boleh membina kepercayaan dan sokongan tulen daripada pembaca.-UTUSAN

AFIQAH MIOR KAMARULBAID & NURUL NADIRAH ABU HASAN
Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya