Komen pembaca akhbar perlu dapat perhatian khusus di Parlimen

Komen pembaca akhbar perlu dapat perhatian khusus di Parlimen

RUU sumbangan dana politik akan dirujuk kepada jawatankuasa khas yang akan diwujudkan selepas ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBAGAI pembaca Utusan Malaysia, saya mendapati sekian lama akhbar ini memberi ruang kepada pembaca untuk menyatakan pandangan dan cadangan tentang isu-isu yang berlaku di dalam negara. Namun, adakah ia mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang ditegur atau sekadar penat menulis?

Justeru, saya ingin cadangkan agar semua pandangan atau pendapat daripada pembaca akhbar dipanjangkan serta mendapat perhatian khusus di Dewan Rakyat terutama melibatkan isu semasa, kebajikan rakyat dan negara.

Maklum balas di Dewan Rakyat itu kemudiannya diuar-uarkan di akhbar. Itulah sebenarnya matlamat pembaca yang melontarkan pandangan dan pendapat.

Mereka menulis bukan sekadar suka-suka sebaliknya bagi tujuan dan manfaat negara.

Bayangkan sekiranya setiap cadangan atau pendapat pembaca diangkat ke Parlimen, saya percaya pembaca lain akan terdorong untuk memberi lebih banyak cadangan mahupun pendapat kepada kerajaan untuk manfaat bersama.-UTUSAN

SUARA JELEBU
Taman Sri Kenaboi, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.