Kenapa pemandu kenderaan berat masih cuai? - Utusan Malaysia

Kenapa pemandu kenderaan berat masih cuai?

KENDERAAN yang diisi dengan muatan lebih daripada had dibenarkan boleh menyebabkan berlaku kemalangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA disorot kembali pada 2022 khususnya suku ketiga dan terakhir, terdapat peningkatan kes kemalangan besar melibatkan kenderaan berat di negara kita.

Tidak dinafikan malang itu tidak berbau, namun berdasarkan pengamatan dan fakta yang diperoleh daripada kes-kes kemalangan melibatkan kenderaan berat, puncanya adalah hampir sama.

Berdasarkan kajian ilmiah dan laporan siasatan pakar, dianggarkan hampir 70 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat faktor manusia.

Faktor ini boleh diperincikan lagi kepada perlakuan tidak selamat dan keadaan tidak selamat. Perlakuan tidak selamat semestinya merujuk kepada pemandu kenderaan sama ada dari aspek pemanduan secara berbahaya atau secara laju.

Ada sesetengah pemandu merasakan mereka adalah raja di jalanan disebabkan saiz kenderaan yang dipandu.

Kelompok pemandu ini sering memandu rapat dan sentiasa memaksa pengguna jalan raya lain agar memberi laluan kepada mereka.

Selain itu, kegagalan menumpukan sepenuh perhatian ketika memandu akibat makan atau menggunakan telefon bimbit adalah juga perlakuan tidak selamat yang sering dilakukan.

Ada juga situasi di mana perlakuan tidak selamat ini merujuk kepada kelesuan ­fizikal dan mental dihadapi akibat bekerja melebihi waktu yang disyorkan, sama ada demi kelangsungan hidup atau atas desakan majikan bagi mengejar trip penghantaran.

Lantaran itu, ada yang mungkin terjebak dengan pengambilan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol sebagai jalan mudah untuk mengatasi kelesuan yang dihadapi demi melaksanakan tanggungjawab penghantaran.

Keadaan tidak selamat pula biasanya merujuk kepada kecuaian atau kesalahan manusia yang menyebabkan keadaan tidak selamat untuk sesuatu perjalanan itu.

Sebagai contoh, pengurusan had muatan kenderaan. Ini termasuk situasi di mana kenderaan telah diisi dengan muatan lebih daripada had dibenarkan. – UTUSAN

DR. MOHD. HAFIZ ZULFAKAR & MOHD. FAIZOL RIZAL MOHD. RASID, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya