Kembalikan moratorium bantu rakyat terjejas

Kembalikan moratorium bantu rakyat terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui ramai yang terkesan semasa negara berdepan penularan pandemik Covid-19, tiga tahun lalu. Seperti mana kita semua ketahui, kehidupan selepas pandemik Covid-19 benar-benar cukup mencabar. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat menyukarkan kerana sumber pendapatan terjejas terutama bagi mereka yang bekerja sendiri. Bahkan ramai yang berpendapatan tetap pula terpaksa menerima gaji mereka dikurangkan malah ada pula dibuang kerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu keutamaan berdasarkan hasil semakan beliau bahawa ramai pencarum tidak memiliki baki wang caruman yang mencukupi.

Oleh kerana itu, Anwar menyatakan kerajaan akan cuba mencari alternatif lain untuk membantu semua golongan dalam menghadapi kehidupan penuh mencabar ini.

Ketika ini, kerajaan terus menerima desakan agar memberikan pertimbangan supaya pencarum dibenarkan memohon satu lagi skim pengeluaran sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 daripada KWSP secara sekali beri.

Jika tidak keberatan, saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula moratorium tempoh enam hingga lapan bulan. Dengan adanya moratorium,  sekurang-sekurangnya dapat memberi nafas lega apabila pengeluaran wang KWSP tidak dibenarkan.

Moratorium hendaklah diberi kepada semua golongan B40, M40 dan T20 sama ada kakitangan swasta ataupun penjawat awam dan semua yang terkesan dengan kos sara hidup tinggi.

Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini kerana sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan rakyat.

Baru-baru ini, memorandum memohon pengeluaran KWSP diserahkan oleh Presiden Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat), Khairul Anuar Othman kepada Perdana Menteri, Sebelum ini, Pemuda UMNO juga memohon kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar bagi membantu mengurangkan beban kewangan rakyat.-UTUSAN

CUKUP-CUKUP MAKAN
Kuala Rompin, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya