Jangan sekadar berpuasa tanpa tahu hikmahnya

Jangan sekadar berpuasa tanpa tahu hikmahnya

BULAN yang penuh rahmat dan barakah menjadi peluang istimewa yang ditunggu-tunggu bagi seseorang mukmin menambah ilmu berkaitan Ramadan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASA sentiasa bergerak pantas, kini kita bertemu Ramadan. Bulan yang terkandung di dalamnya malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan diturunkan al-Quran, bulan digandakan pahala amalan serta bulan mendekatkan diri di sisi Allah.

Kerinduan untuk bertemu bulan Ramadan digambarkan melalui doa yang dititipkan Rasullullah SAW sebaik sahaja datangnya bulan Rejab: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Syaaban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadan.”

Bulan yang penuh rahmat dan barakah menjadi peluang istimewa ditunggu-tunggu kita semua. Seseorang mukmin yang baik akan menjalani sesuatu ibadah berteraskan ilmu dan bukannya melakukannya tanpa ilmu.

Oleh itu, rebutlah kesempatan masa yang ada untuk mempelajari sebanyak mungkin ilmu berkaitan puasa seperti hukum, hikmah dan amalan yang dituntut ketika berpuasa.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat membantu kita menjalani ibadah dengan sempurna. Ilmu yang diamalkan secara tidak langsung akan menimbulkan rasa semangat dan keyakinan jitu terutama khabar gembira kepada mereka yang mengetahui tentang kelebihan sesuatu ibadah.

Umat Islam diseru melakukan yang terbaik bagi menghargai kesempatan sebagai insan terpilih bertemu Ramadan pada kali ini.

Seseorang Muslim yang merindukan ketibaan bulan Ramadan pasti sangat bersyukur dan bergembira atas nikmat yang tidak terhingga. Malah setiap individu Muslim perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup mereka sehingga membangkitkan motivasi untuk beramal dengan seikhlas jiwa dan raga.

Marilah sama-sama kita berazam agar Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita berusaha mendapatkan reda Allah dan diampuni segala dosa.-UTUSAN

MOHD. YAKOP IKRAM
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya