Di mana kedudukan orang Melayu 20 tahun lagi?

Di mana kedudukan orang Melayu 20 tahun lagi?

APA yang dimahukan orang muda adalah seorang pemimpin yang yang boleh dibanggakan di luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ORANG muda Melayu di zaman 1980-an dan 1990-an mempunyai pemimpin Melayu hebat yang membawa kemodenan dan berjaya menjadikan negara terkenal di dunia. Pemimpin ini suaranya dihormati oleh banyak negara. Kita bangga memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara.

Sebaliknya orang muda hari ini tiada wira pemimpin yang mereka boleh banggakan. Pemimpin Melayu hari ini ramai dikatakan mempunyai masalah integriti. Untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia di luar negara agak memalukan kerana negara ini dilabel mempunyai pemimpin yang terlibat rasuah dan bermasalah, huru-hara pentadbirannya dan sentiasa bergolak politiknya.

Keadaan ini semua memberi kekecewaan kepada anak muda. Sikap dan sifat pemimpin yang sentiasa tamakkan kuasa tanpa menilai implikasi terhadap tindakan mereka kepada bangsa dan agama Islam.

Justeru, kita perlu menyedarkan anak-anak muda kerana masa depan bangsa Melayu adalah mereka. Jika mereka putus harapan dan kecewa dengan keadaan pemimpin Melayu sekarang sehingga merasakan ‘biarlah’ siapa pun nak memerintah Tanah Melayu ini asalkan lebih baik daripada pemimpin yang ada ini. Sikap tidak kisah ini sesungguhnya petanda bangsa Melayu akan menghadapi masalah pada masa hadapan.

Amat penting kita menyedarkan anak-anak muda bahawa Tanah Melayu ini mesti ditadbir oleh orang Melayu dan masih ada pemimpin Melayu yang berwibawa serta mampu untuk mentadbir negara dangan baik serta cemerlang.

Namun, seandainya kita gagal meyakinkan mereka, mampukah kita nanti hendak membayangkan di manakah nilai dan kedudukan bangsa Melayu di muka bumi ini dalam 20 tahun akan datang?-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya