Belanjawan madani perkukuh pendidikan negara

Belanjawan madani perkukuh pendidikan negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sektor pendidikan negara dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEMBENTANGAN Belanjawan 2023 sejumlah RM15.3 bilion untuk sektor pendidikan tinggi tahun ini berbanding RM14.5 bilion pada 2022 menunjukkan kepimpinan negara sentiasa mendahulukan sektor pendidikan sebagai usaha berterusan dalam memberi akses pendidikan kepada semua masyarakat tanpa prejudis.

Saya melihat peruntukan kali ini memberi keyakinan kepada semua pihak termasuk warga pendidik, penyelidik dan pelajar bahawa kerajaan hari ini memberi penekanan kepada akses pendidikan tinggi yang baik dan kondusif di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Saban tahun, antara dilema pengurusan IPTA adalah untuk menyediakan sejumlah dana bagi tujuan baik pulih, selenggaraan, penggantian aset dan infrastruktur baharu.

Memahami keluh resah ini, sejumlah RM436 juta diperuntukan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak ekonomik dan RM300 juta untuk naik taraf dan selenggara kemudahan di IPTA.

Selain itu, memberi keutamaan kepada agenda digital (RM35 juta), Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) RM6.7 bilion, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM180 juta), penyelidikan dan pembangunan (R&D) RM428 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk melonjak agenda penyelidikan negara.

Saya melihat geran R&D khusus sebanyak RM15 juta bagi penghasilan vaksin negara di bawah MOSTI memberi peluang kepada saintis tempatan meneroka penemuan baharu dalam menangani isu-isu kesihatan semasa.

Malah kerajaan memperuntukkan RM6.6 juta bagi mempertahankan agenda bumiputera melalui kemudahan pendidikan yang akan dipikul Majlis Amanah Rakyat,

Yayasan Peneraju dan Universiti Teknologi Mara. Di samping itu, akses kepada pinjaman pendidikan dan peluang untuk mengikuti bidang profesional turut dititikberatkan menunjukkan keprihatinan tinggi kerajaan bagi memastikan agenda bumiputera terus disanjung.

Usaha kerajaan dalam meminimumkan beban sara hidup pelajar dapat dilihat melalui penyeragaman kadar duti setem bagi pinjaman pendidikan sebanyak RM10 merentasi peringkat pendidikan. Langkah ini memberi kelegaan kepada ibu bapa dan pelajar dalam kalangan B40 untuk melanjutkan pendidikan. Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula menikmati diskaun sehingga 20 peratus bagi bayaran balik pinjaman selama tiga bulan dan bagi peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah pula dibenarkan menangguh bayaran balik bagi tempoh enam bulan.

Justeru, Belanjawan 2023 memacu pertumbuhan sebuah Malaysia Madani.-UTUSAN

DR. ROHAYATI MOHD. ISA
Universiti Sains Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya