Bantah subjek Anti Penipuan di sekolah

Bantah subjek Anti Penipuan di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KES jenayah penipuan dalam talian memang diakui berada pada tahap membimbangkan dan boleh melibatkan kerugian besar kepada masyarakat.

Namun begitu, cadangan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Pahang, Mohd. Firdaus Hashim dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 8 Mac lalu yang meminta Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek Anti Penipuan sewajarnya tidak dipersetujui.

Bagi Mohd. Firdaus, subjek ini boleh diajar secara hibrid melalui projektor atau simulasi mengikut kesesuaian semasa. Agensi penguat kuasa pula boleh dipanggil membimbing para guru tentang kaedah terkini digunakan oleh penipu.

Menurutnya lagi, didikan ini boleh menjadi benteng awal bagi masyarakat khususnya orang Melayu yang diketahui mudah ditipu kerana pengurusan kewangannya sangat lemah.

Pun begitu, saya mempunyai pandangan berbeza, iaitu dengan tidak menjadikan sekolah sebagai tempat untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul dalam masyarakat. Biarlah guru-guru tumpukan kepada subjek sedia ada di sekolah. Kita tidak mahu guru kecelaruan, apatah lagi murid-murid yang masih mentah.

Kita faham niat Mohd. Firdaus adalah untuk memberi kefahaman awal kepada masyarakat tetapi janganlah murid yang menjadi mangsanya.

Sekarang sudah ada subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang menekankan kepada adab dan erti dosa pahala. Kukuhkan jati diri murid supaya mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.

Seharusnya, penjelasan tentang jenayah penipuan dalam talian disebarluaskan dalam media sosial. Pemimpin masyarakat juga perlu menganjurkan ceramah dan bengkel di lokasi masing-masing bagi menjelaskan tentang bahayanya jenayah ini. Selain itu, mangsa-mangsa jenayah penipuan dalam talian perlu tampil membuat laporan untuk siasatan.-UTUSAN

RABAN
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya