Bahaya pengaruh The Prince dalam politik

Bahaya pengaruh The Prince dalam politik

KARYA Machiavelli dalam The Prince berkali-kali mengungkapkan bahawa rahsia dan formula terbaik untuk mengekalkan takhta penguasaan adalah dengan melakukan apa juga cara sekali pun tanpa mengira sama ada tindakan itu dibenarkan mahupun melanggar undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BUKAN hanya masyhur sebagai seorang tokoh penulis karya politik pada era Renaissance di Itali, Niccolo Machiavelli (1469-1527) juga merupakan individu berpengaruh dan telah menyumbang ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang akademik, falsafah, sejarah, sains politik dan kesusasteraan. Beliau juga pernah menyertai pelbagai misi diplomasi serta menjawat jawatan setiausaha ketenteraan di negaranya.

Machiavelli akhirnya menulis sebuah karya agung yang berjudul The Prince pada 1513, demi didedikasikan kepada Putera Lorenzo De Medici untuk menggalakkan baginda menyertai arena politik di Itali.

Machiavelli yakin bahawa seseorang pemimpin itu kekal berkuasa serta mentadbir dengan tidak mengamalkan nilai murni dan rasa sensitif terhadap perasaan rakyatnya.

Machiavelli berkali-kali mengungkapkan bahawa rahsia dan formula terbaik untuk mengekalkan takhta penguasaan adalah dengan melakukan apa juga cara sekali pun tanpa mengira sama ada tindakan itu dibenarkan mahupun melanggar undang-undang. Misalnya, rasuah, penggubahan wang haram dan pecah amanah.

Menurut kaca mata beliau, sekiranya hanya dengan melakukan kejahatan, seseorang pemimpin dapat memperoleh dan meneruskan kesinambungan legasinya, maka idea tersebut mestilah dimanifestasikan dan diimplementasikan dalam dunia politik sebenar.

Cerminan kepada idea ini adalah ahli politik seharusnya mengetepikan agama dan etika serta mengelakkan kedua-dua elemen tersebut mempengaruhi gaya dan karisma mereka semasa bergiat aktif dalam pentas siasah.

Walau bagaimanapun, jika berlaku tuntutan mendesak, mereka dibenarkan menggunakan agama sebagai matlamat politik.

Persoalannya, dalam realiti politik tanah air, adakah pemimpin negara sedar akan bahaya ideologi politik Machiavelli, ataupun sebaliknya?-UTUSAN

MUHAMMAD AIMAN FIRDAUS KAMAL NOR AZMAN
Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya