Usaha fahamkan remaja bahaya pornografi

Usaha fahamkan remaja bahaya pornografi

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETAGIHAN pornografi yang berlaku dalam kalangan rakyat di Malaysia kini menular dalam kalangan golongan bawah umur seperti remaja. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa.

Satu kajian dijalankan di Indonesia mendapati lebih 53 peratus remaja yang ketagihan pornografi berakhir dengan perlakuan seks luar nikah yang mana kebanyakan mereka menyatakan pornografi menimbulkan minat untuk melakukan hubungan seks bagi mendapatkan kepuasan semata-mata.

Sementara statistik yang dijalankan di Malaysia mendapati remaja seawal usia 13 hingga 18 tahun terlibat dengan ketagihan pornografi sehingga menyebabkan mereka berkelakuan tidak sopan atau melampaui batas pergaulan sosial tanpa nikah seperti berpegangan tangan, bercium, meraba, mendedahkan tubuh di khalayak dan terjebak dengan hubungan seks.

Perkembangan teknologi merupakan faktor kepada ketagihan pornografi kerana mereka mudah dan bebas mengakses laman web lucah dan penyebaran video pornografi tanpa kawalan ibu bapa.

Hasil kajian yang pernah dijalankan mendapati pornografi mampu memberi kesan negatif kepada kesihatan mental kerana menyebabkan gangguan terhadap emosi remaja seperti hilangnya rasa malu, merendah diri dan hilang pertimbangan.

Remaja pada masa ini menganggap pornografi adalah perkara biasa dan menjadi hobi serta hiburan ketika mengisi masa lapang. Ada yang menganggap ia adalah hak privasi individu.

Tanpa disedari kegemaran menonton pornografi akhirnya juga membawa kesan negatif kepada masyarakat seperti terdedah kepada ancaman keselamatan yang berpunca daripada jenayah seksual seperti rogol, cabul, pedofilia, parafilia dan sebagainya sehingga ke tahap membunuh mangsa.

Selain itu, aktiviti salah laku ini juga kepada kehamilan luar nikah serta penularan penyakit kelamin seperti HIV, AIDS dan sebagainya.

Kesimpulannya, ketagihan pornografi dalam kalangan remaja banyak berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan corak hidup serta teknologi.

Justeru, kempen kesedaran memerangi pornografi juga perlu disahut oleh semua pihak dan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.-UTUSAN

NUR LIYANA NAZIRA KHAIRUL ANUAR
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya