Pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun ditahan, dipercayai rasuah RM1.6 juta - Utusan Malaysia

Pengerusi jawatankuasa perumahan badan berkanun ditahan, dipercayai rasuah RM1.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan melibatkan rasuah bernilai RM1.6 juta, malam tadi.

Difahamkan, individu berusia 40-an itu ditahan pihak berkuasa berkenaan selepas hadir memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Johor, di sini.

Menurut sumber, suspek dipercayai telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta wang RM4,000 setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.6 juta.

Wang berkenaan kemudiannya diseleweng untuk kegunaan peribadi melalui pengeluaran daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan antara tahun 2016 hingga tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A); Sesyen 18 dan Sesyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×