Sahkah saman unit peronda swasta? - Utusan Malaysia

Sahkah saman unit peronda swasta?

WUJUD kemusykilan sama ada sah atau tidak saman trafik yang dikeluarkan unit peronda swasta di Seremban, Negeri Sembilan. – GAMBAR HIASAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK 1 Januari 2020, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) terbentuk susulan penggabungan Majlis Perbandaran Seremban dengan Majlis Perbandaran Nilai.

Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), antara fungsi MBS adalah bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam.

Ia juga terbabit dalam aspek pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas serta penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.

Dikatakan penggabungan dan langkah menaik taraf status bandar raya ini menjadikan daerah Seremban satu kota metropolis yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara.

Langkah menaik taraf MBS sekali gus membuktikan daerah Seremban kini mampu bersaing dalam kalangan bandar raya di seluruh dunia yang bersama-sama melaksanakan pembangunan mampan.

Cuma wujud kemusykilan sejak beberapa tahun lalu, MBS menggunakan unit peronda swasta untuk menyaman kenderaan dalam kawasan pentadbirannya. Adakah unit peronda ini sah dari segi undang-undang untuk mengeluarkan saman?

Apatah lagi notis saman diletakkan di pengelap cermin kenderaan yang tidak disebut dalam mana-mana peraturan sebagai sah dari segi undang-undang dan boleh diterima sebagai bukti oleh pihak mahkamah?

Difahamkan, baru-baru ini terdapat satu operasi mengheret pemilik kenderaan ke mahkamah kerana tidak menjelaskan kompaun sedangkan cara serahan notis meragukan dari segi undang-undang.

Kemungkinan notis tersebut hilang ditiup angin, hujan serta dibuang oleh budak-budak nakal sebelum sempat disedari oleh pemilik.

Oleh itu, disyorkan MBS menggunakan kaedah moden serta diterima dari segi perundangan untuk melayakkan kes yang dibawa ke mahkamah menang dan bukannya tindakan sia-sia. – UTUSAN

TENGKU MAN, Senawang, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN