Dewan Rakyat ‘panas’ isu menantu Muhyiddin

Dewan Rakyat ‘panas’ isu menantu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Isu rasuah berkaitan menantu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghangatkan perbahasan Dewan Rakyat petang tadi.

Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) dalam perbahasannya telah meminta Ahli Parlimen Pagoh itu supaya tidak bersubahat dalam melindungi perasuah dan memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kalau mengetahui keberadaan menantunya ketika ini.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) termasuk Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang menyifatkan tindakan Poay Tiong itu adalah sengaja untuk menyakitkan hati mereka.

“Isu ini sudah banyak kali disebut dan ditegur. Saya tengok dia ada niat yang tidak baik terhadap Pagoh. Jadi saya minta Speaker buat ruling. Itu kerja polis,” katanya.

Bagaimanapun, Poay Tiong berkata, kenyataan itu adalah persoalan yang dilontarkan dengan perkataan ‘kalau’ dan meminta Muhyiddin membantu siasatan membabitkan menantunya itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan Poay Tiong merupakan sangkaan buruk, sekali gus menggesa kenyataan itu ditarik balik.

“Nak tanya apa kalau sudah tidak wujud? Buatlah keputusan untuk tarik balik, selesai,” katanya.

Poay Tiong kemudian menarik balik kenyataannya itu selepas diminta berbuat demikian oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau

Sebelum ini media melaporkan menantu Muhyiddin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang dikehendaki SPRM atas kes pecah amanah telah melarikan diri lebih dua tahun lalu dan kini dipercayai berada di sebuah negara Asia Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN