Kanak-kanak lima tahun maut tercekik buah rambutan di Kemaman

Kanak-kanak lima tahun maut tercekik buah rambutan di Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat tercekik biji buah rambutan di Felda Neram 1, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa dikatakan sedang memakan rambutan bersama kakaknya yang berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang di Hospital Kemaman.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kakak kanak-kanak itu mengupas buah rambutan dan diberikan kepadanya. Ketika sedang makan, tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat kerana biji buah rambutan yang dimakan tersangkut di kerongkongnya,” katanya ketika dihubungi.

Mohd. Razi berkata, keluarga kanak-kanak itu membawa mangsa ke klinik berhampiran sebelum dirrujuk ke Hospital Kemaman.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tercekik dan terdapat biji buah rambutan pada kerongkong mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini