Pinjamkanlah telinga untuk ringankan beban pesakit murung

Pinjamkanlah telinga untuk ringankan beban pesakit murung

KEMURUNGAN diibaratkan sebagai pembunuh dalam diam kerana sangat memudaratkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UMUM mengetahui, kemurungan adalah gangguan melibatkan perubahan pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang menjadikan kehidupan seharian seseorang menjadi sukar dan jika tidak dirawat akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Mac 2022 mendedahkan, jumlah kes kemurungan meningkat lebih 25 peratus berikutan pandemik Covid-19, iaitu peningkatan sebanyak 25.6 peratus dalam kes kecelaruan keresahan (anxiety disorder) di seluruh dunia. Selain itu, terdapat peningkatan sebanyak 27.6 peratus dalam kes kecelaruan episod kemurungan utama atau major depressive disorder (MDD) pada 2020.

Kemurungan diibaratkan sebagai pembunuh dalam diam kerana sangat memudaratkan. Terdapat pelbagai simptom dan punca menyebabkan berlaku kemurungan. Antaranya, sedih berpanjangan, cepat berputus asa, sukar atau terlebih tidur dalam jangka masa panjang, hilang selera atau makan secara berlebihan, kurang berminat untuk melakukan aktiviti harian, emosi mudah terganggu, merasa diri tidak berguna dan perasaan ingin membunuh diri.

Kebiasaannya, kemurungan boleh berpunca daripada trauma, tekanan melampau, faktor persekitaran dan banyak lagi. Sesetengah individu yang trauma terhadap sesuatu perkara akan mudah menghidapi masalah kemurungan sekiranya perkara ditakuti menghantuinya kembali.

Bahkan perasaan takut, sedih dan kecewa yang bercampur-aduk menyebabkan kemurungan semakin mudah berlaku.

Trauma seperti kemalangan akan mempengaruhi emosi dan mental seseorang sehingga menyebabkan dia mengalami masalah kemurungan.

Tekanan hidup seperti kewangan dan persekitaran negatif juga boleh menjadi sebahagian daripada masalah mental itu.

Terdapat pelbagai kesan akibat kemurungan seperti kurang keyakinan diri bahkan jumlah kes bunuh juga kian meningkat. Individu yang menghidap masalah kemurungan akan kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu atau tampil di khalayak ramai. Apabila berlaku kemurungan, mereka lebih gemar untuk menyendiri dan tidak bergaul dengan orang ramai.

Jadi, setiap daripada kita wajar mengetahui cara berurusan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang mengalami kemurungan agar dapat menghulurkan bantuan sepatutnya.

Amat penting untuk kita memahami dan membantu mereka dengan memberi galakan agar pesakit menghubungi kumpulan sokongan. Tidak salah, meminjamkan telinga untuk meringankan beban rakan atau ahli
keluarga yang didiagnosis murung.-UTUSAN

SITI SHARAH CHE DERAMAN
Fakulti Sains Kemanusiaan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.