Ancaman ‘tentera’digital perlu tindakan menyeluruh

Ancaman ‘tentera’ digital perlu tindakan menyeluruh

ANCAMAN siber kini sudah berjaya menembusi sistem pertahanan digital beberapa negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LAPORAN Insikt Group, iaitu unit penyelidikan ancaman di bawah Recorded Future yang merupakan antara syarikat keselamatan siber terbesar dunia menyatakan pelbagai entiti penggodam seperti Dark Pink termasuk yang beroperasi di bawah arahan dan pengaruh rejim negara lain turut aktif dalam menjadikan Malaysia dan negara jiran sebagai sasaran kumpulan penggodam dan siber lain telah menembusi sistem pertahanan digital Turkiye, Kazakhstan, India dan Thailand.

Firma keselamatan digital ternama seperti FireEye, Cybereason dan lain-lain telah lama memberi amaran mengenai tahap kritikal taktik dan strategi yang digunakan oleh kumpulan perisik dan penggodam ini.

Kaedah seperti penyusupan peranti, penyamar dan perisik serta percubaan untuk membeli pengaruh juga perlu diberi perhatian menyeluruh kerana menjadikan kadar tindak balas dan serangan balik atau cegah  rintang semakin sukar selain dibayangi pelbagai limitasi serta halangan dalam melindungi kepentingan hubungan dan impak kepada kepentingan ekonomi dan sektor lain.

Namun demikian, kita wajib untuk terus mengekalkan ketersediaan rapi dan holistik, serta kekal utuh dalam pegangan prinsip untuk terus melindungi kepentingan utama negara.

Kombinasi cabaran spektrum digital dengan alat lain termasuk tekanan ekonomi, ugutan, paksaan dan percubaan dominasi dan pertunjukan tayangan kuasa secara langsung semuanya memberi ancaman kepada kepentingan dan kedaulatan negara pada masa kini dan akan datang.

Impak berterusan kepada industri perniagaan, teknologi dan ekonomi juga akan memberikan kesan mudarat kepada pembangunan sektor kritikal negara yang terdiri daripada tumpuan terhadap ekonomi hijau dan digital, sumber diperbaharui serta teknologi saingan dunia termasuk sektor semikonduktor dan teknologi cip yang kekal menjadi medan persaingan geopolitik Amerika Syarikat dan China.

Bidang nadir bumi yang menjadi aset penting, yang menuntut kapasiti strategik kita yang lebih proaktif dan tuntas dalam melindungi semua aset dan sumber yang dapat memberikan pulangan positif kepada keselamatan negara, termasuk daripada ancaman bukan konvensional dan siber.

Kaedah pertahanan total dan holistik merangkumi integrasi sumber dan kepakaran secara pendekatan semua masyarakat dan seluruh negara menyuntik keseragaman dan gabungan aset serta kapasiti sedia ada dalam menggembleng tujahan dan daya tahan untuk kesinambungan ketersediaan masa depan.

Ini perlu diikuti dengan usaha bersama secara konsisten, pantas dan memenuhi keperluan kejituan dan impak berkesan dalam memperkasa keupayaan dan kredibiliti tindak balas dan kapasiti aset kita dalam memberi mesej jelas kepada pihak luar yang sedang dan akan memberikan ancaman ini terhadap kepentingan kita.-UTUSAN

COLLINS CHONG YEW KEAT
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.