Pensijilan kotej halalbantu peniaga kecil

Pensijilan kotej halal bantu peniaga kecil

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) melihat Direktori Usahawan Kotej Halal Negeri Sembilan dalam majlis penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Seremban, Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN Malaysia mempunyai pasaran halal yang luas serta merupakan pelopor industri itu sejak 40 tahun lalu tetapi hanya sebilangan kecil usahawan tempatan memenuhi permintaan tersebut. Selain itu, penglibatan usahawan bumiputera masih berada pada tahap agak rendah meskipun terdapat usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian, agensi dan pemain industri.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat lebih 200,000 usahawan yang terlibat dalam industri berkaitan halal. Bagaimanapun, berdasarkan data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pada 2019 hanya sejumlah 6,599 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang telah mendapat pensijilan halal. Daripada jumlah tersebut, hanya sekitar 1,000 ke 1,500 usahawan yang mempunyai keupayaan untuk mengeksport produk.

Ramai pekerja terpaksa diberhentikan dan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat berikutan pandemik Covid-19.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kebanyakan usahawan menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan secara kecil-kecilan di rumah masing-masing. Namun, sebahagian mereka tidak dapat memasarkan produk dengan lebih jauh disebabkan tidak melepasi piawaian pensijilan halal seperti kebersihan premis, kualiti alatan dan perkakasan yang digunakan, pembungkusan produk dan lain-lain supaya mematuhi prinsip halalan toyyiban.

Hal ini berikutan produk yang dihasilkan dari rumah adalah tidak layak untuk memohon pensijilan halal mengikut syarat utama Sijil Halal Malaysia. iaitu pemohon perlu mendaftar dengan SSM atau Suruhanjaya Koperasi ataupun agensi kerajaan lain. Selain itu, pemohon juga dikehendaki mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) serta mempunyai kilang yang beroperasi sepenuhnya.

Oleh itu, antara inisiatif solusi lebih mudah dan menggunakan kos lebih rendah adalah cadangan mewujudkan pensijilan melalui kotej halal. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebagai badan pentadbiran agama Islam negeri telah menjadi badan yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif ini.

Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan inisiatif baharu ini dengan peruntukan RM500,000 dalam Belanjawan 2022. Inisiatif ini bertujuan membolehkan usahawan kecil melepasi piawaian pensijilan halal dengan geran bantuan tidak melebihi RM5,000. Menerusi inisiatif ini, usahawan kotej diberikan geran bantuan tidak melebihi RM5,000 seorang untuk menaik taraf premis dan alatan supaya memenuhi piawaian halal ditetapkan.

Kotej halal merupakan satu inisiatif bagi membantu para peniaga makanan yang beroperasi secara kecil-kecilan di rumah. Melalui inisiatif ini, para peniaga diyakini mampu meluaskan lagi perniagaan bagi memperoleh pensijilan halal dalam industri ini.-UTUSAN

DR. SITI AISYAH SAMUDIN & DR. HANIRA HANAFI
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya