Teruskan martabat bahasa Melayu, hak bumiputera - Utusan Malaysia

Teruskan martabat bahasa Melayu, hak bumiputera

PASARAN saham tempatan menunjukkan reaksi positif sebaik sahaja Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEDUDUKAN pasaran saham tempatan menunjukkan lonjakan yang ketara dengan ringgit mempamerkan prestasi positif sebaik sahaja pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Peningkatan dan prestasi memberangsangkan ini dilihat selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat juga memberi petunjuk bahawa ia akan mengambil langkah kurang agresif untuk menaikkan kadar faedah.

Pengumuman Anwar sebagai Perdana Menteri baharu disambut positif oleh pasaran saham kerana ia memberi kejelasan dan kepastian kepada pelabur asing serta tempatan.

Moga pengumuman Fed juga sesuatu yang memberangsangkan dan membolehkan pasaran saham tempatan mendapat dua pemacu utama selain pengumuman penting kepimpinan baharu Malaysia.

Sidang akhbar pertama Anwar sebagai Perdana Menteri juga memperlihatkan kepada kita perubahan akan dibawa termasuk menunaikan beberapa janji yang telah dibuat semasa berkempen.

Antaranya memberikan cuti umum, mengulangi ikrar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatan tersebut, memulihkan keyakinan rakyat dengan membentuk kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Anwar turut menegaskan, kerajaan perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dalam hal melibatkan rasuah dan penyelewengan.

Bagi mengukuhkan pentadbirannya pula, dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan mewakili BN dan GPS.

Pada Sidang Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 19 Disember ini, selain majlis mengangkat sumpah semua ahli Parlimen, agenda lain adalah untuk membentangkan usul percaya kepada Perdana Menteri.

Sama-samalah kita mendoakan beliau dapat meneruskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan agama Islam di negara ini di samping mengangkat hak bumiputera dan kedaulatan raja-raja Melayu. – UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.