Taman pertanian sekolah jadi lapangan timba ilmu pertanian

Taman pertanian sekolah jadi lapangan timba ilmu pertanian

TAMAN pertanian yang dibina di sekolah boleh menjadi medan lapangan bagi pelajar memahami tentang bahaya racun perosak dan bahan kimia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENUBUHAN taman pertanian yang bebas bahan kimia di sekolah boleh menyelesaikan masalah keselamatan makanan dan akan menggesa lebih ramai orang terlibat dalam bidang pertanian.

Berkebun adalah pendidikan dan membangunkan kemahiran baharu termasuk sikap tanggungjawab (menjaga tumbuhan), memahami (belajar tentang sebab dan akibat) dan keyakinan diri (mencapai matlamat dan menikmati makanan yang telah ditanam).

Melalui aktiviti ini, pelajar berkemungkinan besar akan meningkatkan keutamaan untuk memilih makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Malah, taman sekolah yang dibina merupakan ruang hijau yang sangat diperlukan dalam persekitaran bandar selain memberi peluang kepada pelajar untuk meluangkan masa di luar rumah.

Taman juga menyediakan tempat berehat, penyembuhan dan meditasi yang membawa kepada peningkatan kesihatan mental. Dengan tekanan ujian di sekolah hari ini, taman boleh berfungsi sebagai oasis dan mengalu-alukan perubahan pemandangan.

Taman pertanian yang dibina itu boleh menjadi medan lapangan bagi pelajar memahami tentang bahaya racun perosak dan bahan kimia.

Pelajar akan menimba ilmu bahawa penggunaan bahan kimia yang banyak dalam pertanian boleh menyebabkan kemerosotan tanah, pencemaran air dan masalah alam sekitar yang lain.

Di samping itu sisa kimia dalam tanaman dan produk ladang juga boleh meningkatkan isu kesihatan dalam kalangan pengguna.

Menyedari kepentingan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selama 15 tahun telah memberi pendedahan dan kesedaran untuk mendidik petani, guru dan pelajar di seluruh negara tentang pengurusan perosak bersepadu.

Disebabkan isu utama petani adalah untuk mengawal perosak dalam pertanian, maka, ia diajar kepada petani dan guru di sekolah.

Pelbagai jenis tumbuhan herba telah diperkenalkan kepada petani dan guru yang boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk penyediaan penghalau perosak.

Selama bertahun-tahun, Projek Pertanian Asli telah diperluaskan ke rumah dan sekolah bertujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan menanam makanan sekali gus menjadikan ia lebih selamat dan lebih murah serta berkhasiat.-UTUSAN

NV SUBBAROW
Pegawai pendidikan & Penyelaras Latihan
Pertanian Semulajadi CAP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya