Kekal keakraban demi kesejahteraan keluarga

Kekal keakraban demi kesejahteraan keluarga

HUBUNGAN kekeluargaan yang seimbang membolehkan individu membentuk identiti diri tanpa pergantungan sepenuhnya terhadap keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KELUARGA yang sihat dan sejahtera boleh dinilai melalui pelbagai aspek. Salah satunya dari segi kohesi atau kerapatan hubungan.

Kohesi merupakan kerapatan hubungan yang memberi gambaran tentang ikatan emosi sesama ahli keluarga, sekali gus memberi kesan kepada kesihatan keluarga secara keseluruhan. Hubungan terlalu rapat dan ekstrem, mahupun yang terlalu jauh akan membawa kesan kepada pembentukan sebuah keluarga kurang sejahtera. Kerapatan hubungan di antara ahli keluarga seharusnya berada dalam tahap seimbang, tidak terlalu rapat sehingga tiada sempadan mahupun tidak terlalu jauh.

Keluarga yang mempunyai tahap kohesi seimbang akan membolehkan sesebuah keluarga atau pasangan berfungsi dengan baik dalam memainkan peranan masing-masing.

Ini bermaksud setiap ahli keluarga masih dapat mengekalkan hubungan emosi yang rapat dalam keadaan seimbang tanpa melanggar hak ahli keluarga lain.

Ahli keluarga mampu untuk berdikari dan tidak bergantung dengan ahli keluarga lain dan lebih cenderung untuk mengekalkan kehidupan yang baik sepanjang kitaran keluarga.

Sebaliknya, jika keluarga kita kurang atau tidak seimbang dari segi kohesi, ia menggambarkan hubungan terlalu rapat atau terlalu jauh. Sebagai contoh, hubungan kakak dan adik yang terlalu rapat, bebas berkongsi apa sahaja rahsia sehingga menyebabkan sering kali berlaku pelanggaran hak dan privasi. Keadaan ini pada awalnya mungkin dilihat sebagai sihat dan normal, namun semakin individu membesar dan keadaan ini berterusan berlaku, mungkin akan menyebabkan keadaan yang lebih sukar. Anak-anak yang dididik tanpa sebarang sempadan dalam keluarga, bebas memasuki sempadan ahli keluarga lain mungkin akan terbawa-bawa persekitaran tersebut apabila mereka berkahwin. Tanpa sedar, keadaan inilah yang menyulitkan proses penyesuaian pasangan khususnya pada awal tempoh perkahwinan.

Keadaan tidak seimbang ini menjelaskan bahawa banyak perapatan emosi secara ekstrem wujud dalam keluarga menyebabkan ahli keluarga menjadi terlalu bergantung antara satu sama lain. Kebergantungan yang amat kuat ini adakalanya menyebabkan ruang peribadi menjadi terbatas dan tidak rapat.

Secara kesimpulannya, tahap kohesi yang ekstrem sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah dalam keluarga, cenderung untuk mewujudkan masalah dalam hubungan pada masa hadapan.-UTUSAN

DR. NORFAEZAH MD. KHALID
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.