Berlapang dada terima kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Berlapang dada terima kerajaan baharu

ISU beg berat masih belum dapat ditangani sepenuhnya walaupun kerajaan telah banyak kali berubah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA perlu berlapang dada menerima kerajaan baharu untuk lima tahun akan datang dan pada masa sama membuang prasangka buruk antara kaum.

Kerajaan perpaduan adalah kerajaan pelbagai parti diundang untuk menjadi sebuah kerajaan dan berbeza dengan pemerintahan yang mendapat majoriti sebelumnya.

Maka, di dalamnya terdapat kerajaan dan pihak pembangkang sama-sama menjadi kerajaan yang mempunyai satu matlamat iaitu membina negara berdasarkan satu tujuan dan ideologi sama.

Apabila berada dalam kerajaan perpaduan, diharapkan ideologi, falsafah dan sentimen melampau dalam parti dahulu perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan dan hak-hak semua kaum perlu dipelihara.

Janganlah ada lagi politik sempit, mempersoalkan hak kaum lain dan menimbulkan isu yang boleh menimbulkan keresahan dan ketidakpuasan hati rakyat.

Selain itu, jadikanlah kerajaan perpaduan sebagai titik mula untuk memulih dan membina kembali ekonomi negara yang sudah ketinggalan berbanding negara-negara ASEAN lain.

Juga, kembalikan imej dan maruah ahli politik ke tahap tertinggi dengan membersihkan seluruh sistem pentadbiran daripada elemen rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kebajikan rakyat yang sudah lama terabai lebih-lebih lagi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 perlu diberi perhatian.

Selain itu, buat perubahan menyeluruh terhadap sistem pendidikan yang dilihat tidak mesra pelajar seperti beg berat dan mata pelajaran terlalu banyak.

Juga, masalah warga asing terlalu ramai dan menimbulkan gejala sosial dan ekonomi kepada negara perlu ditangani segera. – UTUSAN

HARAPAN RAKYAT KERAJAAN PERPADUAN, Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.