Utsunomiya bandar mesra kanak-kanak - Utusan Malaysia

Utsunomiya bandar mesra kanak-kanak

BANDAR yang benar-benar mesra kanak-kanak membolehkan golongan itu bergerak dengan selamat dan gembira.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEHIDUPAN sebagai seorang ibu di bandar Utsunomiya, Jepun mengajar saya maksud sebenar sebuah bandar yang selamat dan mesra kanak-kanak. Sungguhpun bandar itu bukan besar tetapi infrastruktur serta fasiliti sama seperti yang terdapat di kota metropolitan Tokyo.

Setiap pagi, kanak-kanak yang perlu ke sekolah akan beratur diketuai pelajar paling tua. Perjalanan kanak-kanak dalam kumpulan yang kecil dan kemudiannya akan bergabung menjadi satu kumpulan besar apabila tiba berhampiran dengan kawasan sekolah.

Rata-rata kanak-kanak yang bersekolah di kawasan tersebut tinggal lebih kurang 500 meter sehingga 1 kilometer sahaja dari sekolah. Pemilihan laluan dan kumpulan pula adalah berdasarkan lokasi sekolah, laluan pejalan kaki yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan pihak sekolah.

Di setiap persimpangan, guru sekolah atau wakil ibu bapa akan mengambil giliran membantu mengawasi anak-anak melintasi jalan raya terutamanya di simpang jalan utama yang sibuk.

Sistem yang teratur ini dirancang bukan sahaja disebabkan keperluan pengurusan trafik malahan bagi tujuan pembangunan insan dan sahsiah anak-anak yang berjalan kaki di sekolah, melatih konsep berdikari dan menanam sifat berusaha di dalam diri anak-anak.

Amat penting, untuk menerapkan kemahiran keselamatan di luar rumah dan di jalan raya dalam kalangan kanak-kanak, kerana sikap ini sudah tentunya mempengaruhi sikap mereka apabila dewasa kelak. Budaya menghormati pemandu lain di atas jalan raya dan mengikut undang-undang dapat disemat dan dilatih sejak dari kanak-kanak lagi.

Oleh kerana tiada satu sistem yang sempurna, usaha untuk mengekang isu kemalangan dengan pemanduan berbahaya dan kecuaian akan menjadi lebih mudah jika dilatih sejak dari kecil.

Kepentingan mematuhi undang-undang dan menghormati orang lain di atas jalan raya membantu mengekang perbuatan seperti menggunakan laluan kecemasan untuk memotong kenderaan lain, memandu laju dan juga melanggar lampu isyarat.

Di samping itu, bandar mesra kanak-kanak juga harus mempunyai ruang kawasan khusus yang bukan sahaja mencukupi mengikut garis panduan perancangan tetapi mudah akses dan selamat untuk kanak-kanak bermain walaupun tanpa kehadiran ibu bapa. – UTUSAN

DR. YONG ADILAH SHAMSUL HARUMAIN
Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya