Saifuddin jangan terlalu angkuh, lupa jasa Dr. M

Saifuddin jangan terlalu angkuh, lupa jasa Dr. M

SEANDAINYA pembangkang berpecah sesama sendiri dan tewas pada PRU15, ini membawa erti kekalahan buat selama-lamanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAUSAHA Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinasihatkan tidak terlalu bersikap angkuh kerana parti itu dilihat pun sudah lemah.

Kedudukan dan kekuatan PKR tidak lagi sehebat seperti pada 2018 kerana sudah berpecah teruk. Bahkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah disebabkan aura Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kuat serta kami semua pada waktu itu bertanding di bawah logo PKR. Ingatlah dahulu PKR disokong boleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tanpa Dr. Mahathir ketika itu sudah pasti parti beliau juga tidak boleh kecapi kemenangan seperti sekarang.

Ketika Dr. Mahathir memimpin pembangkang pada 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara. Malah dari 1999 sehingga 2018, kepimpinan Anwar terbukti gagal untuk merampas tampuk kerajaan di Putrajaya.

Kini kita semua mempunyai satu matlamat, iaitu menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) buat selama-lamanya.

Mana kita mahu sekarang, yakni pembangkang berpecah sesama kita dan terus tewas ataupun kita harus gembleng tenaga ke arah mencapai kemenangan bagi membina semula ‘Malaysia Baharu?’ Tepuk dada tanya selera. Mana lebih penting buat masa ini untuk kita semua?

Jika semua pihak tidak boleh bersatu di bawah semangat politik, sekurangkurangnya kita boleh mencapai hasrat tersebut di bawah payung agama.

Seandainya pembangkang berpecah sesama sendiri dan tewas pada PRU15 ini akan membawa erti kekalahan buat selama-lamanya.

Pada realitinya, keseluruhan pembangkang harus balik ke meja rundingan bagi mencari formula terbaik untuk selamatkan Malaysia.

Dr. Mahathir amat realistik, pragmatik dan ikhlas untuk meletakkan agenda kepentingan rakyat jelata daripada terus ‘dinodai’ oleh UMNO.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan & Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN