Kita boleh kurangkan kos pengurusan penjara secara Islami

Kita boleh kurangkan kos pengurusan penjara secara Islami

BEBERAPA cadangan boleh dipertimbangkan kerajaan bagi mengurangkan kos pengurusan penjara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

STATISTIK sehingga Mac lalu, seramai 70,570 penghuni membabitkan 56,068 banduan direkodkan di 39 penjara di seluruh negara, manakala bakinya merupakan penghuni di pusat pemulihan dan pusat tahanan lain.

Statistik ini menyaksikan lebihan kapasiti tahanan hampir 10,000 penghuni berbanding kapasiti maksimum kira-kira 63,000 orang di semua institusi di bawah pengurusan Jabatan Penjara.

Jumlah anggaran belanjawan mengurus sektor kepenjaraan dan koreksional ialah sebanyak RM1.019 billion, menyamai belanja mengurus dua institut pengajian tinggi di Malaysia. Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan inflasi yang berlaku di era pascapandemik ini juga memberi kesan kenaikan pada belanjawan mengurus sektor tersebut.

Persoalannya, adakah jumlah wang itu berbaloi untuk disalurkan kepada banduan?

Secara dasarnya, kerajaan perlu menyediakan satu peluang pendidikan untuk mengkoreksi kesilapan banduan dan mampu untuk kembali ke pangkuan masyarakat dengan identiti dan imej baharu. Namun setakat ini, sejauh manakah bajet tersebut dapat menunjukkan keberhasilan?

Jadi, beberapa cadangan perlu dilihat sebagai penambahbaikan sistem. Salah satunya dengan mengenakan bayaran pampasan terus kepada mangsa bagi kesalahan tanpa niat. Ini tidak memerlukan pesalah untuk menerima hukuman penjara.

Sementara hukuman penjara boleh dikenakan sekiranya pesalah memandu dalam keadaan mabuk, di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan sebagainya sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

Namun, bagi pesalah yang mengakibatkan kemalangan semata-mata atas kecuaian seperti terjatuh, jalan licin dan sebagainya, cukup sekadar penetapan nilai diyat.

Kerajaan juga boleh menimbangkan mengadakan sistem pemenjaraan dalam komuniti, namun perlu ambil kira peranan dan sumbangan banduan kepada masyarakat.

Sistem parol, pelepasan banduan secara lesen dan program reintegrasi penghuni bagi pesalah jenayah ringan, namun perintah kehadiran wajib (PKW) perlu dipinda dalam usaha mengusulkan Rang Undang- Undang (RUU) PKW untuk memasukkan hukuman alternatif pemenjaraan.

Sudah pasti cadangan ini memerlukan pelaburan besar, namun jika misi ini gagal, pasti kos besar pula diperlukan untuk proses ‘hukuman’ dan ‘pendidikan di lewat usia’ atau penjara yang kita ketahui pada hari ini.-UTUSAN

DR. SITI AISYAH SAMUDIN  & DR. MOHD. SHAHID MOHD. NOH
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya