Bubar Parlimen bukan desakan Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Bubar Parlimen bukan desakan Ahmad Zahid

PEMBUBARAN Parlimen pada 10 Oktober lalu tiada kaitan dengan desakan Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU15 disegerakan. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SENARAI ahli Kabinet atau jemaah menteri sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ogos 2021 adalah terdiri daripada 31 menteri serta 38 timbalan menteri kesemuanya. Pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam pada itu, pembubaran Parlimen ke-14 adalah rentetan tersirat perasaan kekecewaan Seri Paduka terhadap perkembangan politik semasa tanah air seperti yang dizahirkannya dalam kenyataan akhbar Istana Negara.

Ini akibat tindakan 12 menteri, tiga dari Pas serta sembilan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang merupakan kurang daripada 19 peratus jemaah menteri menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Seri Paduka bagi menyatakan tidak setuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Kami, kepimpinan akar umbi UMNO amat bersetuju dengan penegasan Ismail Sabri pada 11 Oktober lalu bahawa tindakan 12 menteri Kabinet yang pastinya tidak mewakili keseluruhan jemaah menteri telah mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

Tindakan menteri-menteri terbabit jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan Pusat.

Kami kepimpinan akar umbi UMNO juga bersetuju dengan kenyataan Ismail Sabri bahawa pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu adalah bagi menghalang ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan daripada berterusan.

Ia tiada kaitan dengan desakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU15 disegerakan. – UTUSAN

AHLI AKAR UMBI UMNO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya