Pilih kaedahrawatan air sesuai

Pilih kaedah rawatan air sesuai

KEPENTINGAN penerokaan sumber atau sistem yang lestari dapat menambahbaik sistem sedia ada dan membantu pihak pembuat dasar dan polisi serta industri mencapai agenda pembangunan mampan. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEKALAN sumber air merupakan perkara asas yang diperlukan dan berperanan penting dalam menyokong komuniti serta kehidupan harian bagi kegunaan domestik. Ia juga penting dalam sektor bukan domestik merangkumi penggunaan komersial, industri, dan pertanian.

Menurut dapatan awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi 2021, sebanyak 2,186 juta liter (sektor domestik) dan 1,362 juta liter (sektor bukan domestik) air bermeter digunakan di Selangor. Malah, trend menunjukkan peningkatan dari tahun-tahun sebelumnya menggambarkan kepentingan penggunaan air hasil penambahan populasi dan kualiti hidup setempat bertambah baik.

Namun, sumber air yang bakal dimanfaatkan perlu melalui proses rawatan bagi menepati ciri-ciri piawaian ditetapkan. Kepelbagaian teknologi rawatan air sedia ada bergantung kepada tujuan kegunaan dan kesesuaian di sesebuah kawasan. Bukan itu sahaja, pemilihan teknologi mesra alam dan sesuai juga penting untuk memastikan air dirawat secara lestari dan tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Hal ini kerana penggunaan bahan kimia dalam rawatan air konvensional memerlukan rawatan tambahan sebelum bahan buangan disingkirkan memandangkan ia berpotensi menjadi sumber pencemaran jika tidak dirawat.

Antara teknologi rawatan air moden adalah melalui penggunaan membran melalui konsep pemisahan secara fizikal bagi menapis partikel yang tidak diperlukan berdasarkan saiz liang membran. Kelebihan teknologi adalah kecekapan dalam merawat air, penjimatan kos peralatan dan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Satu projek kolaborasi antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Dubai Electricity and Water Authority (DEWA) dilaksanakan bagi mengenal pasti impak rawatan penggunaan membran osmosis berbalik (RO) terhadap alam sekitar melalui penyahgaraman air payau menggunakan kaedah Penilaian Kitar Hayat (LCA).

Maklumat ini amat penting dalam membantu pihak industri dan kerajaan bagi mencapai Agenda Pembangunan Mampan menjelang 2030. Malaysia dilihat komited dalam melaksana dan menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi memastikan penggunaan sumber tenaga lebih bersih, aplikasi sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti sumber fotovoltan. -UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MARLIA MOHD. HANAFIAH & KHALISAH KHAIRINA RAZMAN
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.